Pages

Friday

Resepi Kek Red Velvet & Cream Cheese Frosting~!


Assalamualaikum belog~!

Rasa macam dah lama tak update...hi hi hi...takde mood sangat nak menghadap blogspot ni....maaf.... Ok la...saya memang takde idea kalau nak mengarang ketika mengantuk ni....proceed jek la dengan resepi red velvet ni ye..... Sebelum tu..saya nak bagitau..malam ni saja saya siapkan 3 biji red velvet cake! Gila uiiii! Alkisahnya...Sabtu ni kami sekeluarga akan berangkat pulang ke kampung di Kota Tinggi, Johor....sempena dengan CNY ni....Balik dalam 3 hari kot....tah la...

1 bijik untuk family sebelah ayah...
1 bijik untuk family sebelah mama...
1 bijik untuk kami sekeluarga...

Saya buat sorang2 hokkay!

Percayalahhh....

Untuk cream cheese frosting tu..saya tak ikut resepi yang haritu....saya buat simple jek kali ni....tak cair sangat dan rasa dia sangat sedapppp!

RESEPI CREAM CHEESE FROSTING

Bahan2 :

500 gram cream cheese Tatura (disejukkan pada suhu bilik)
125 gram Buttercup
1 1/2 cawan gula castor
1 tsp vanilla essence
Beberapa sudu fresh milk (sukat2 sendiri)

Cara2 membuatnya :

1. Pukul cream cheese dan butter sehingga creamy. Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit.
2. Kalau terlalu kental, masukkan sesudu fresh milk dan pukul. Kalau masih kental lagi, tambahkan lagi sesudu fresh milk dan pukul. Masukkan vanilla essence.
3. Kegebuan frosting ni bergantung kepada anda. Jika ingin lembut lagi, tambahkan sesudu fresh milk lagi sehingga kegebuan frosting yang anda mahu tercapai. *tak reti nak susun ayat gane*


RED VELVET CAKE

Bahan A (bahan kering. diayak. dicampur bersama):

250 gram tepung kek
2 sudu makan serbuk koko
1 tsp garam

Bahan B (disatukan dalam bekas berasingan):

240ml buttermilk
2 sudu makan pewarna merah

**Jika tiada buttermilk, boleh bancuh sendiri. 1 cawan susu segar dengan 1 sudu makan cuka makan. Biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum digunakan.**

Bahan C:

113 gram unsalted butter
160 gram gula castor
Sedikit esen vanilla
2 biji telur gred A

Bahan D:

1 tbsp soda bicarbonate
1 tbsp cuka makan

Cara2 membuatnya:

1.  Panaskan oven pada suhu 175 degree Celcius.
2.  Satukan bahan A dalam satu bekas.
3.  Satukan bahan B dalam satu bekas berasingan. Ini bagi memudahkan kerja2...hi hi hi..
4.  Di dalam bekas mixer, putarkan butter sehingga lembut atau creamy. Kemudian, masukkan gula castor dan putarkan sehingga sebati. Masukkan esen vanilla. Masukkan telur satu persatu. Putar sehingga kembang atau sebati.
5.  Masukkan bahan2 A dan bahan2 B secara berselang seli ke dalam adunan bahan2 C. *faham x?* Putar pada kelajuan sederhana.
6. Sediakan loyang yang telah digris dengan butter.
7. *Part paling mencabar* Satukan bahan2 D dalam sebuah mangkuk kecil. Kacau cepat2. Terus masukkan ke dalam adunan kek tadi. Kaup dengan spatula sehingga sebati dan terus masukkan ke dalam loyang. Cepat2 masuk ke dalam oven yang dah dipanaskan tadi.




Cake setelah dipotong horizontally..... Saya mesti amik sikit habuk2 dia dan makan dengan bahagia sekali...hi hi hi....


Cream cheese frosting ni bape kali saya celup jari...sedap sangat! Nasib baik la saya yang buat kek ni....kalau masa kecik2 dulu...kene titik dah tangan ni....hi hi hi....


Akhirnya siap jugak red velvet cake kegemaran keluarga saya ni.....Alhamdulillah....


Ni pulak projek mega mama saya...2 hari dia siapkan 4 bijik kek marble ni *dalam gambar ni ada 2 bijik jek...2 bijik lagi kat dalam peti sejuk lagi satu...malas nak amik gambar*...semuanya untuk dibawa balik ke kampung sebelah mama...sebab nenek sana nak buat kenduri..... 

Ok la...masa untuk beradu pulak....sakit pinggang...esok nak menjahit pulak...pastu nak kena cari asam yang Didi kirim....what a busy life~!

Selamat malam...

xoxo




21 comments:

nadiahnoor said...

trimas..

saya dah buat ...

memang the world ! :)

Amirah md esa said...

sama2 sis...leh la bt bisnes...hi hi hi...

Afzan Ali said...

mmg sedap hari ni saya buat 2biji untuk mak & adik2 di kampung..

Afzan Ali said...

mmg sedap hari ni saya buat khas untuk Birthday Mak...

Amirah md esa said...

wahhh..sonoknya saya...hi hi hi hi....alhamdulillah....

kacak gilak said...

Thanks 4 resepi ni.nak try gak.yummy2......

mama4A's said...

salam amirah..
sedap nampaknya.. nak tnya, bakar kek ni bape lama yer?

Amirah md esa said...

saya bakar dalam lebih kurang 25 minit....atau sehingga masak...lepas 25 minit tu...cucuk2 untuk cek..... baru saya perasan..resepi saya taknak bagitau masa untuk membakar...hi hi hi....

Anonymous said...

resepi kek tu 1stp garam. maknanya 1 sudu besau garam ke? mak aihh masin la kek

Amirah md esa said...

1 tsp = 1 teaspoon = 1 camca teh

1tbsp = 1 table spoon = 1 sudu makan

harap dapat membantu... :)

aimuni said...

kalau guna butter tk guna unsalted buuter ok ke?

Anonymous said...

guna butter biasa boleh ke?

Anonymous said...

guna butter biasa boleh ke?

Amirah md esa said...

butter biasa pon boleh je...

Dalilah Othman said...

Tenkiuuu for the resepii :))))

Anonymous said...

Berapa lama nk pukul ya adunan

Amirah md esa said...

utk adunan telur tu pukul smpai kembang. apabila da dimasukkan tepung, pukul sekadar utk sebati. tak perlu pukul dengan kelajuan laju.

Urban Ummy said...

Mmg terbaeekkk toqqq

nurharyati ipoh said...

Salam sis..klu kukus bleh x..

Anonymous said...

Kalau butter ganti gn majerin blh ke

Amirah md esa said...

nurhayati ipoh: saya belum cuba lagi untuk kukus.

Anonymous: marjerin maybe akan masin sikit.