Pages

Monday

Resepi Pasta Dengan Broccoli~!


Assalamualaikum belog~!

Dinner malam ni western sikit....hi hi hi..sebenarnya dah lama nak buat...tapi malas nak pergi beli pasta.... Resepi ni memang sedap.....dan mudah untuk anda cuba...kepada mereka yang ada anak yang tak suka makan sayur2...cubalah resepi ni....mesti dorang suka...sebab rasa dia memang lazat..... Ok la...tanpa membuang masa...saya publishkan resepi ni ye....

Bahan2 :

1 bungkus pasta
Broccoli (dipotong kecil2)
6 ulas bawang putih (dihiris)
Beberapa cubit chilli flakes
Sedikit daging ayam (dipotong kecil2)
3 sudu makan butter
3 keping cheddar cheese *lebih ok kalau guna parmesan cheese*
Sedikit extra virgin olive oil
Garam dan lada hitam
1 1/2 cawan stok ayam *saya bancuh stok ayam serbuk dengan air panas*
1 1/2 cawan air rebusan pasta

Cara membuatnya :

1. Rebuskan pasta dalam air yang mendidih bersama2 dengan sedikit garam dan minyak masak.
2. Apabila pasta sudah empuk, toskan. Jangan lupa untuk mengambil air rebusan pasta.
3. Panaskan olive oil dan masukkan bawang putih. Tumis sehingga naik bau. Kemudian, masukkan chilli flakes mengikut tahap kepedasan yang anda suka.
4. Masukkan ayam dan gaul sehingga masak. Masukkan stock ayam dan perisakan dengan garam.
5. Masukkan broccoli dan biarkan mendidih. Apabila broccoli sudah lembut, hancur2kan ia supaya kuah dapat dipekatkan. 
6. Masukkan pasta, butter dan cheese serta air rebusan pasta. Gaul sehingga rata.
7. Letakkan sedikit serbuk lada hitam. Gaul rata.
8. Hidangkan~!

Senang tak? Kalau rasa macam susah...boleh la tengok resepi kat Youtube ni....klik sini...

Nyum2..memang sedap dan sangat creamyyy....

Haaa...kepada sape2 yang malas nak keluar cari chilli flakes tu...meh saya ajar buat...

HOMEMADE CHILLIES FLAKES

Ni saya buat sendiri tau....hi hi hi...senang jek...tak payah bazir duit nak g beli kat kedai....

Ambil jek segenggam cili kering...pastu goreng atas kuali tanpa minyak dengan api yang perlahan...kalau anda rasa macam dah garing dan rangup gitu...blend kering jek...jangan blend sampai halus....ala2 kepingan2 cili tu dah ok da....orait!

Selamat mencuba~!

xoxo




No comments: