Pages

Friday

Resepi Spaghetti Aglio e Olio~!


Assalamualaikum belog~!

Di hari2 terakhir berada di rumah....saya dengan sukacitanya membelanjakan sedikit wang saya untuk memasak juadah dinner hari ni....dan semestinya modalnya harus la murah.....hi hi hi...

Siapa yang belum pernah mencuba spaghetti aglio e olio ni....anda haruslah seorang yang bukan kuat masin....kalau lidah tu dah tebal....wajib tinggalkan hidangan ni ye...hi hi hi..anda makan la mee goreng mamak... Hidangan ini sangat menyihatkan kalau takde seafood....asalnya pon hidangan ni hanya menggunakan 3 bahan asas yakni extra virgin olive oil, bawang putih dan emping cili (chilli flakes)....kalau nak tambah bahan pun saya lebih suka letak brokoli dan udang...sotong tu optional....

Ok la...mari saya bagi resepinya ye...anda yang mahu mencuba boleh la rujuk resepi saya dan resepi mereka yang lain.....resepi yang saya nak bagi ni pandai2 la anda adjust mengikut tunas rasa anda....

Bahan-bahan :

1 bungkus spaghetti 
Extra virgin olive oil secukupnya
6 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit chilli flakes (mengikut citarasa anda)
Sedikit udang dan sotong (dibersihkan)
Brokoli (dibersihkan dan direbuskan dengan sedikit air dan garam sehingga empuk)
Dried parsley secukupnya
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Cara-cara membuatnya :

1. Rebuskan spaghetti di dalam air yang mendidih. Masukkan sedikit garam dan minyak. Masak sehingga empuk. Ketepikan.
2. Di dalam saute pan, masukkan olive oil, bawang putih dan chilli flakes tanpa perlu menunggu minyak panas. Tumis sehingga bawang putih garing.
3. Setelah itu, masukkan udang dan sotong ke dalam saute pan tadi. Masukkan garam dan lada hitam, Gaul rata sehingga masak.
4. Masukkan spaghetti dan brokoli. Gaul rata.
5. Masukkan dried parsley. Gaul rata.
6. Hidangkan. 


Amacam? Senang kan? Sooooo..selamat mencuba!

xoxo




2 comments:

LIGHTOFHOPE said...

To Amirah for posting the Pasta recipe style agile olio with prawns and squid. Sangat mudah n sedap..

LIGHTOFHOPE said...

To Amirah for posting the Pasta recipe style agile olio with prawns and squid. Sangat mudah n sedap..