Pages

Saturday

Resepi Lava Cake~!


Assalamualaikum belog~!

Alhamdulillah....akhirnya keinginan untuk membuat lava cake sendiri sudah tercapai....ni gara2 malam semalam la ni...bila ayah beli lava cake dari Domino's sebijik je....makan berebut2....hi hi hi..

Lepas masak lunch...saya dan mama pergi mencari bahan2 untuk membuat lava cake ni....hanya beberapa minit sahaja saya mencari resepi....tengok gambar yang mana jadi...terus percayakan resepi tu....hi hi hi...cuma kalau boleh untuk percubaan kedua saya akan kurangkan kuantiti gula....sebab saya memang tak suka manis2....hi hi hi...tapi resepi asal pon dah sedap...sama jek rasanya macam lava cake dari Domino's....

Ok la...jom kita lihat resepinya...

Bahan-bahannya:

1 cawan dark chocolate (dicincang) - saya gunakan Beryl's choc
6 sudu besar unsalted butter - saya guna jenama Anchor
2 biji telur gred A
3 sudu besar gula halus - percubaan kali kedua saya akan gunakan 2 sudu je
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
Secubit garam

Cara-cara membuatnya:

Panaskan oven pada 160 degree Celcius.

Cairkan butter dan dark choc dengan kaedah Bain Marie. Setelah cair, masukkan serbuk koko dan kacau rata. Ketepi dan sejukkan.

Pukul telur dan gula dengan kelajuan paling tinggi selama 3 minit. Masukkan adunan choc yang telah disejukkan dan gaul rata. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.

Griskan bekas ramekin.

Tuangkan adunan ke dalam bekas ramekin dan masukkan ke dalam freezer selama 5 minit.

Keluarkan dari freezer dan bakar selama tidak lebih dari 15 minit di dalam oven.

Setelah itu, sejukkan selama 3 minit dan boleh la dihidangkan.



Selamat mencuba~!






2 comments:

Nur Kamsinah said...

sedapnye~~~ pandai buat :)

adda syuhada said...

specialnya kek...