Pages

Sunday

Whole Roasted Chicken Recipe From Amirah~!


Assalamualaikum belog~!

Harini baru ada masa nak update resepi dalam belog ni....hi hi hi....banyak lagi resepi2 yang tertangguh ni....al-maklumlah...buzy memanjang...so this weekend memang relax sangat2....internship pon dah habis....cuma tinggal nak siapkan reoprt dan buat price quotation untuk barang2 FYP nanti....sambil2 menjual insurans....harap2 la pelajaran tidak terabai...hi hi hi....

Ok2.....untuk lunch harini saya bakar ayam je....gambar ayam pon tak berapa nak sopan...hi hi hi....sebenarnya saja nak tunjuk yang saya sumbat memacam dalam ayam tu....hi hi hi... Ni saya bakar ayam cara western.....kalau cara orang Melayu ni...diorang suka perap2 semalam dengan menggunakan pelbagai spices and herbs.... Saya punya ayam bakar ni simple sgt2...main campak2 jek...tapi rasa dia tetap umphhh! Hi hi hi....

Whole Roasted Chicken Recipe

Bahan2:

A:
1 ekor ayam (berat lebih kurang 6 pounds)
B:
125 g butter (dilembutkan pada suhu bilik)
Sedikit fresh rosemary (dicincang halus)
Sedikit garam dan lada hitam
C;
3 biji kentang (dipotong kasar tanpa perlu buang kulit)
2 biji carrot bersaiz kecil (dipotong kasar)
4 ulas bawang putih (jangan buang kulit)
3 batang celery (dihirs kasar)
1 biji bawang holland (dihiris kasar untuk base letak ayam)
Sedikit garam dan lada hitam
Sedikit minyak zaitun
D:
1 biji lemon (dibelah 4)
1 labu bawang putih (dibelah sisi tanpa perlu buang kulit...bukan 1 ulas tau!)
Sedikit fresh rosemary
Sedikit batang celery

Cara2 membuatnya:

1) Ayam dibersihkan...jangan buang kulit...cuma bersihkan dan buangkan lemak2 tebal di badan ayam tu...kalau nak hilangkan lendir..cuci dengan tepung gandum...keringkan dengan kitchen towel...ketepikan...

2) Gaulkan semua bahan2 B sehingga rata dan ketepikan...

3) Sadurkan loyang membakar dengan minyak....letakkan semua bahan2 C ke dalam loyang...gaul dengan garam dan lada hitam sehingga rata...kentang, carrot dan celery diletakkan di bahagian tepi loyang membakar...susunkan bawang holland yg dihiris kasar di bahagian tengah loyang sebagai tapak untuk meletakkan ayam....

4) Sumbatkan bahan2 D ke dalam ayam dan ikatkan kaki ayam dengan benang...

5) Ambil separuh dari campuran bahan B dan masukkan ke bawah kulit ayam....urutkan sehingga campuran tadi rata....ini bertujuan untuk mengekalkan tahap kelembapan daging ayam di bahagian dada ketika dibakar....ambil lagi lebihan campuran bahan B dan sapukan ke bahagian atas kulit ayam....untuk mewujudkan tekstur rangup ketika dibakar nanti...

6) Angkat ayam dari kitchen towel dan letakkan ke atas bawang holland di loyang tadi....hirisan kasar bawang holland tersebut mampu mewujudkan well hot air circulation dalam proses membakar ayam...

7) Panaskan oven 120 degree Celcius...dan bakar ayam selama 1 jam 45 minit....jangan bukak oven sehingga selesai membakar...untuk mengetahui sama ada ayam sudah masak atau belum masak...just cucuk ayam tu dan lihat warna jus yang keluar....sekiranya berwarna merah....bermakna ayam belum masak...sekiranya jus tidak berwarna....dah masak la tu...hi hi hi.... Untuk garingkan bahagian kulit...just adjust suhu pada 190 degree Celcius selama 5 minit....dan boleh dihidangkan.....

8) Practice makes perfect~!

HIdangan ni boleh dimakan begitu sahaja with black pepper sauce atau bersama2 dengan nasi....

Resipi Nasi Ayam

Bahan2:

5 pot beras wangi (dicuci dan ditoskan)
4 sudu marjerin
2 biji bawang merah (dihiris halus)
6 ulas bawang putih (dicincang halus)
4 inch halia (dicincang halus)
Sedikit rempah tumis
2 helai daun pandan
1 tbsp garam
Sedikit serbuk kunyit
1 kiub pati ayam

Cara2 membuatnya:

1) Panaskan marjerin dan tumis rempah tumis sehingga naik bau...

2) Tumiskan pula bawang2 putih, merah, halia, daun pandan, dan kiub pati ayam sehingga naik bau....

3) Masukkan garam..gaul rata...

4) Masukkan beras dan gaul rata..masukkan air...saya selalu masukkan air hingga senggat yang ke 6 sebab beras saya 5 pot....

5) Masak nasi macam bese....and ready to serve to your precious family!

Selamat mencuba k~!


No comments: