Pages

Monday

Resepi Ayam Masak Kicap Sempoi~!



Assalamualaikum belog~!

Ni resepi yang tertunggak...hi hi hi...masak masa kat umah sewa gegirls....pastu semalam masakkan untuk tunang...dia nak  bawak bekal....dia suka sangat saya masak ni...sedap katanya....tah apa yang sedap pon saya tak tahu la....hi hi hi...

RESEPI AYAM MASAK KICAP SEMPOI

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam (dicuci dan toskan)
Serbuk kunyit dan garam
2 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
5 biji cili api hijau (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
Kicap manis
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga

Cara-cara membuatnya:

Ayam yang telah dbersihkan perlu digaul dengan garam dan serbuk kunyit dan perap di dalam peti sejuk bahagian chiller selama 1 jam. Setelah itu gorengkan dan ketepikan.
Tumis kayu manis, bunga lawang dan pelaga sehingga naik bau.
Masukkan bahan2 yang telah dihiris dan tumis sehingga bahan2 tersebut layu.
Masukkan kicap manis mengikut kuantiti yang dikehendaki.
Masukkan ayam yg telah digoreng dan gaul rata.
Siap untuk dihidangkan.

Ada satu lagi resepi dari mama saya..kalau nak sedap lagi..tambahkan lada hitam yg telah ditumbuk kasar....ada lagi satu resepi...mama saya buat macam sambal sardin tu...so lauk ni akan jadik pekat dan pedas dan sedikit heavy la....but it's too complicated....hi hi hi...i would prefer the simplest one!



No comments: