Pages

Tuesday

Resepi Ayam Percik Kelantan~!


Assalamualaikum belog~!

Selamat hari raya aidiladha to all...

Mama ngan ayah kat Johor...saya ngan Deli kat Perak...sadissss.....

Tapi....saya tetap masak special jugak tau walaupun mama ngan ayah takde...hi hi hi....Harini saya masak ayam percik Kelantan! Sedapppp....memang orang Kelantan ni suka makanan manis2 ye....ayam percik ni pun agak manis sedikit...tapi sedap sangat....

RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN

Bahan-bahan A (merebus ayam):

Ayam
3 ulas bawang putih (diketuk)
1 inci halia (dihiris)
1 keping asam keping
Air secukupnya

Bahan-bahan B (dikisar halus):

2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
4 batang serai

Bahan-bahan C:

1 keping asam keping
200mL santan pekat
1 cawan air
Sedikit garam, gula dan serbuk perasa

Cara-cara membuatnya:

Rebuskan ayam separuh masak ke dalam air bersama2 dengan bahan2 A. Toskan.

Disebabkan saya menggunakan santan kotak, saya tumiskan dahulu bahan2 B sehingga naik bau. Kemudian saya masukkan semua bahan2 C. Kacau sentiasa sehingga kuah menjadi pekat dan berkilat.

Setelah itu, saya bakar ayam yang telah ditoskan bersama2 dengan sapuan kuah yang dah siap tadi.

Balik2kan di atas kuali dan sapukan lagi kuah sehingga benar2 yakin rasa kuah telah meresap ke dalam ayam.

Apabila sudah siap membakar, tuangkan sedikit kuah ke atas ayam.

Siap untuk dihidangkan~!

Senang dan sedap....hi hi hi.....cuba jangan tak cuba ye!



No comments: