Pages

Wednesday

Resepi Butter Chicken~!


Assalamualaikum belog~!

Ketemu lagi kita ye...hi hi hi...ni resepi campak2 jugak ni.... tanpa banyak berlengah lagi...jom tengok resepi!

RESEPI BUTTER CHICKEN

Bahan-bahan A (ayam goreng):

Beberapa ketul dada ayam (dipotong dadu)
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Tepung jagung

Cara-cara membuatnya:

Gaul kesemua bahan dan goreng di dalam minyak yang panas. 
Jangan goreng terlalu lama kerana bahagian dada ayam ni akan menjadi terlalu keras.
Angkat dan toskan. Ketepikan sebentar.

Bahan-bahan B (sarang telur):

4 kuning telur
1 sudu unsalted butter
Minyak menggoreng ayam tadi

Cara-cara membuatnya:

Cairkan butter dalam  minyak dengan menggunakan api yang sederhana panas.
Masukkan kuning telur sambil kacau dengan garfu.
Jangan lama2. Angkat dan toskan. Ketepikan.

Bahan-bahan C (gravy):

4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (ditumbuk halus)
Beberapa helai daun kari
 1 sudu makan lada putih
1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan air)
1 cawan air
1 sudu makan unsalted butter
Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara-cara membuatnya:

Cairkan butter di dalam sedikit minyak menggoreng ayam tadi. Lebih kurang 2 sudu makan minyak.
Tumiskan daun kari dan bahan2 yang telah ditumbuk.
Perisakan dengan garam dan serbuk perasa.
Masukkan air dan serbuk lada putih dan biarkan mendidih.
Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan kuah pekat.
Gaulkan ayam yg telah digoreng tadi di dalam kuah sehingga mesra.
Masukkan ke dalam pinggan hidang dan taburkan dengan sarang telur tadi.
Siap untuk dihidangkan!





2 comments:

Liza said...

nmpk best je lauk ni,ratah pun sodap ...hihihi

Amirah md esa said...

hi hi hi....nampak je sedap....rasanya tah mcm mana agaknya ye....:p