Pages

Tuesday

Resepi Moist Chocolate Cake dengan Chocolate Ganache~!


Assalamualaikum belog~!

Saya buat kek raya la....hi hi hi...start kul 7.15...abis kul 10....hebakkk!

Ni saya ikut resepi yg dah selalu saya postkan dalam belog saya...cuma ganache tu saya buat lain sket...dan terbukti sedap sangat! Nyum2....makan ni sambil layan cite Charlie and the Choc Factory...memang la terasa keenakan coklat yg mengancam!

RESEPI MOIST CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahannya:

4 biji telur (dipukul hingga kembang)
1 cawan gula castor
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1/2 tsp soda bicarbonate
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan serbuk koko

Cara-cara membuatnya:

Telur ayam dipukul sehingga kembang.
Masukkan gula castor dan pukul hingga kembang.
Masukkan soda bicarbonate, minyak, susu cair dan susu pekat. Pukul hingga sebati.
Masukkan tepung naik sendiri dan serbuk koko. Pukul hingga sebati jugak.
Adunan yang telah sebati kemudian dimasukkan ke dalam loyang yang bersesuaian dan hentak 3 hingga 5 kali.
Masukkan ke dalam pengukus yang telah dipanaskan.
Tunggu sehingga 45 minit. Periksa sekiranya kek telah dimasak dengan menggunakan lidi. Tambahkan masa kukusan sehingga kek masak.

p/s: pukulan mixer saya guna yang paling maximum. adunan dipukul sehingga semua bahan sebati.

Untuk choc ganache pulak...saya ikut resepi ni:

RESEPI CHOCOLATE GANACHE

Bahan-bahannya:

50g serbuk koko
1 sudu besar minyak
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (atau ikut manis yg disukai)

Cara-cara membuatnya:

- Campurkan kesemuanya dan panaskan atas api perlahan sambil mengacau hingga sebati dan likat

Selamat mencuba..tak rugi pun...dijamin sedapppp!! 

No comments: