Pages

Tuesday

Resepi Nasi Ayam + Sup Sayur~!


Assalamualaikum belog~!

Harini saya tinggal sorang2 kat rumah....kawan2 sume busy dengan test masing2....soooo...untuk menghilangkan kebosanan akibat ditinggalkan...saya main masak2! 

Ha ha ha...tekak ni teringin nak makan nasi ayam...tapi saya nak nasi dia jek....so saya buatla....ayam plak saya goreng yang frozen jek....hi hi hi...xbaik membazir...ni sume guna bahan2 yang ada dalam fridge jek..malas nak keluarkan duit...baik habiskan makanan yg ada dulu....jimat sket...hi hi hi....sooo...harini saya siarkan 2 resepi jek la...nasi ayam dan sup sayur....

RESEPI NASI AYAM VERSI AMIRAH

Bahan-bahannya:

3 pot beras (dicuci dan ditoskan)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 inci halia (dihiris nipis)
1 batang kayu manis
4 biji pelaga
1 kuntum bunga cengkih
1 batang serai (dititik)
1 kiub pati ayam
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Minyak dan air secukupnya

Cara-cara membuatnya:

Panaskan minyak dan masukkan rempah tumis. Tumis sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan2 yang telah dihiris nipis.
Masukkan kiub pati ayam, garam dan serbuk kunyit. Gaul rata.
Masukkan beras dan air secukupnya.
Masakkan nasi ke dalam rice cooker.

RESEPI SUP SAYUR

Bahan-bahannya:

2 biji bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 kiub pati ayam
Sayuran pilihan
Minyak dan air secukupnya

Cara-cara membuatnya:

Tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk. Masukkan kiub pati ayam. Gaul sehingga naik bau.
Masukkan air dan biarkan mendidih.
Masukkan sayuran ke dalam sup yang telah mendidih. Reneh sehingga sayuran masak.
Siap untuk dihidangkan.
Boleh jugak pecahkan telur ke dalam sup yang sedang mendidih.

So..siapla hidangan saya yang simple untuk harini....hi hi hi..selamat mencuba!



1 comment:

adda syuhada said...

nampak sedap jer...