Pages

Monday

Luahan Dari Yang Tidak Bekerja Melihat Kelelahan Yang Bekerja.

Kadang2 tak faham bila hidup ini sangat membosankan.
Selalu sibuk menyiapkan kerja yang memberikan keuntungan kepada orang lain.
Sehingga tiada masa untuk berseronok bersama2 kawan2.
Adakah ini semua keperluan?
Bekerja untuk orang lain?
Menghambakan diri pada kerja yang bukan mendatangkan manfaat untuk diri sendiri.
Sekadar makan gaji.
Bayar bil itu dan ini.
Simpanan pun selepas belanja keperluan dapur.
Itu pun kalau ada.

Kenapa tidak kita sendiri bekerja untuk diri kita?
Kenapa tidak kita sendiri merasa keuntungan setelah berpenat lelah?

Kehidupan kebanyakan manusia di Malaysia memang sudah ditentukan begitukah?
Sangat menyesakkan bila duit yang dicari hanya cukup2 makan.
Tabik hormat kepada mereka yang mampu bersyukur pada kehidupan sebegini.

Apakah orang yang berusaha untuk banyak duit tidak bersyukur dengan rezeki sekadar cukup2 makan mereka?

Tentu tidak.

Definisi bersyukur mereka berbeza.

Fikir2 dan renung2 kan bersama.



No comments: