Pages

Monday

Luahan Seorang Pelajar Alpa.

Menuntut ilmu itu syahid.
Terlalu besar pahalanya.

Sebab itu kadang2 aku tidak mampu.
Perasaan menyesal dan sedih seringkali timbul.
Tapi aku tak mampu untuk keluar dari kepompong ini.
Menuruti kehendak orang lain yang mampu melihat masa depan aku.
Kadang2 aku sendiri berpura2 yang aku mahukan impian itu dan ini.
Sedangkan hati aku tak mahu.

Kata boss aku.
Kuasa minda sangat kuat.
Diajarnya aku bukti2 kekuatan kuasa minda.
Aku akui.
Ianya benar.

Tapi bukan ini yang aku nak.
Bila kuasa minda aku kata taknak.
Aku tidak mampu menolak.
Kerana dikatakan kuasa minda ini kuat.
Ternyata memang benar.

Aku tetap mencuba dan terus mencuba.
Bila diri aku lemah, aku hanya berpegang kepada satu.
Allah akan ingat aku kalau aku selalu ingat Dia.
Aku sedar aku manusia alpa.
Aku tak sempurna dan aku alpa.
Kesian diri aku.

Tapi, tunang aku sentiasa berpesan.
Biar orang lain hina kita.
Jangan kita pernah hina diri kita sendiri.

Ya.

Aku akan bangkit.
Aku akan berusaha untuk syahid.
Aku tak mengharapkan pahala.
Aku hanya mengharapkan redhaNya.
Aku doakan diri aku.
Berjaya dunia akhirat.



No comments: