Pages

Tuesday

Menu Hari Ini~!


Assalamualaikum belog~!

Alhamdulillah.
Hari ini merupakan hari kedua saya menjaga pemakanan dengan bersungguh-sungguh.
Masih mengamalkan senjata rahsia saya untuk bertahan sehingga ke hari ini.
Wajah pun nampak bermaya.
Walaupun dalam keadaan menahan period cramps.

Untuk breakfast, saya mengambil senjata rahsia saya dan after 30 minutes, saya minum air masak dengan banyak sekali dan saya minum hot chocolate dengan nestum. 



Untuk lunch pula, saya bakar ayam madu. Kemudian, saya masak sayur sawi dengan menggunakan sos tiram, sebiji garlic dan serbuk lada hitam serta tak lupa juga ianya tanpa minyak. Untuk kuah sayur tu saya letak air dan bancuhan tepung jaguung untuk memekatkannya. Hi hi hi. Saya makan dengan nasi bersaiz genggaman tangan saya.



Untuk dinner, saya buat telur tu ala2 scrambled egg. Saya guna 1 biji telur, 1 sudu teh butter, serbuk lada hitam dan beberapa batang saderi. Masak macam biasa. Saya makan bersama2 dengan 1/2 senduk nasi dan 1 sudu makan sambal tumis. Sebelum saya makan meal ni, saya minum 500 mL air kosong dan tunggu selama 30 minutes. Nampak sikit kan? Tapi untuk membuatkan saya kenyang, saya mengunyah makanan tersebut secara perlahan2 dan berhenti seketika selepas 4 suapan sebelum menyanbung kembali.


Diharapkan usaha saya kali ini menemui kejayaan yang besar buat diri saya kerana saya tamakkan segala pencapaian untuk diri saya!

Saya nak menang!

Menang mendapatkan tubuh idaman!!

Yeahh!

2 comments:

ogy izhar said...

wah sedapnya :):).. jom jenguk blog saya

http://ogyrozyani.blogspot.com

Asmaul Juakhir said...

Apa senjata rahsia nih..nak tau gakkk..heh