Pages

Tuesday

Resepi Char Kuey Teow Amirah~!



Assalamualaikum belog~!

Ni hidangan untuk dinner tadi....disebabkan ayah hadiahkan saya something...so I decided to cook his favourite dish for our dinner...hi hi hi...terhasillah Char Kuey Teow ni... Sempat jugak mama tapaukan untuk bagi kat jiran....kalau mama bagi kat jiran..maknanya masakan tu sedap la...hi hi hi... 

Apa2 pun..meh layan resepi dari saya sendiri....reka2 sendiri jek tau ni....alhamdulillah ada la jugak rasa macam kat kedai2....hi hi hi...


RESEPI CHAR KUEY TEOW

Bahan-bahannya:

1 bungkus kuey teow (cuci dan tos)
1 labu bawang putih (dikisar halus)
1/2 biji bawang besar (dikisar halus)
5 biji cili api hijau (dikisar halus)
10 ekor udang saiz XXL (direbus)
Air rebusan udang secukupnya
Taugeh
Daun kuchai
Daun bawang
3 biji telur (dipukul seperti mahu membuat telur dadar)
26 sudu makan perencah char kuey teow Otaku

Cara-cara membuatnya:

Tumiskan bahan2 yang dikisar sehingga pecah minyak.
Masukkan udang yang telah direbuskan dan gaul sebati.
Masukkan perencah char kuey teow dan gaul sebati.
Kemudian, masukkan pula air rebusan udang dan biarkan ianya mendidih.
Masukkan kuey teow dan gaul rata.
Masukkan telur dan gaul rata.
Masukkan kesemua sayuran dan gaul sehingga telur kelihatan masak sedikit. Jika kurang masin, perasakan dengan sedikit garam sehingga dapat rasa yang diingini.
Siap untuk dihidangkan!

Resepi ni saya copy jek dari sini.... http://amirahmdesa.blogspot.com/2013/10/resepi-char-kuey-teow-amirah.html ...saya pernah buat tapi masa tu xde mee yang halus2 macam gambar kat atas tu...hi hi hi...


No comments: