Pages

Tuesday

Resepi Golden Butter Cake~!


Assalamualaikum belog~!

Dek kerana terpesona dengan kegebuan kek di belog ini....maka terhasillah kek ini yang telah pun dinamakan sebagai Golden Butter Cake oleh tuan empunya resepi ini... Memang dah lama saya tak buat kek...tu yang menggatal sangat nak buat...lebih2 lagi resepi kek ini sangatlah mudah...dan cara nak membuatnya pun tak terlalu remeh.....

Tanpa membuang masa lagi...meh tengok resepi kek ni..ataupun boleh saja klik pada link di atas.....credit to tuan punya belog....


RESEPI GOLDEN BUTTER CAKE

Bahan-bahannya:

A
226 gram butter
1 cawan gula kastor

B
2 kuning telur gred A
4 biji telur gred A

C
3 cawan tepung superfine (diayak)
2 tsp baking powder (diayak)

D
1 cawan susu segar
2 tsp vanilla extract

Cara-cara membuatnya:

Panaskan oven pada suhu 180 degree Celcius. 
Pukul butter yang telah dibiarkan lembut pada suhu bilik. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sehingga kembang.
Masukkan bahan B satu persatu. ((Sebagai contoh: Masukkan sebiji telur dan pukul sebati. Kemudian masukkan lagi sebiji dan puul sebati. Teruskan step yang sama sehingga telur habis.))
Setelah itu, masukkan bahan B dan C secara berselang seli. (( Saya masukkan bahan B-pukul sebati-C-pukul sebati-B-pukul sebati-C-pukul sebati-B-pukul sebati.))
Tuangkan ke dalam loyang 9 inci dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. Biarkan kek sejuk sebelum keluarkan dari loyang.

Selamat mencuba~!





No comments: