Pages

Wednesday

Resepi Mashed Potato~!


Assalamualaikum belog~!

Malam ni ayah saya request buatkan mashed potato...mak aihhhh...da macam budak kecik da...rupa2nya dia ada beli lamb ngan ciken yang siap diperap dari Giant....nak meng'grill' la tu....tekaan saya memang tepat sekali! Ha ha ha...ayah2....

Saya ni main hentam jek buat gravy untuk mashed potato ni tau...tapi alhamdulillah rasanya sedap dan mendapat pujian bertubi2 dari ayah dan mama serta Deli....hi hi hi...nasib baik la bahan2nya ada....terutama sekali batang saderi....

Jom kita lihat dulu resepinya k~!

RESEPI MASHED POTATO WITH GRAVY

Bahan-bahannya:

A
 (untuk mashed potato)

8 biji kentang (dikupas dan direbus)
3 sudu makan unsalted butter Anchor
1 sudu makan susu UHT fullcream Anchor
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Sedikit serbuk basil leaves

B
(untuk gravy)

1 biji bawang besar (dipotong dadu)
4 ulas bawang putih (dipotong dadu)
1 sudu makan salted butter
3 batang batang saderi (dipotong kasar)
1 kiub pati ayam Knorr
3 cawan air
1 1/2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan air)
Sedikit garam
Sedikit serbuk basil leaves
Sedikit serbuk lada putih

Cara-cara membuatnya:

Untuk bahan A, kentang yang telah siap direbus perlu ditoskan sehingga tiada air. Lenyekkan kentang sehingga halus. Masukkan kesemua bahan2 A dan gaul sehingga sebati. Siap.

Untuk gravy, panaskan butter dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga berwarna keperangan.
Masukkan tepung gandum dan gaul rata. Kemudian, masukkan air.
Masukkan juga batang saderi dan kiub ayam. Kacau sehingga mendidih.
Masukkan kesemua bahan ke dalam blender. Kisarkan sehingga halus.
Masukkan semula ke dalam periuk dan didihkan. Setelah itu, masukkan bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga  likat. Perasakan dengan serbuk basil leaves dan garam serta lada putih.

Siap untuk dihidangkan~!


Mudah je nak buat ni kan....hi hi hi....


Ayah memang takkan lekang la dari lamb dish dia...hi hi hi...layannnnn...


Ni plak saya punya...setiap kali ayah beli lamb...pasti dia akan beli ayam...sebab dia tau anak dia sorg xmakan lamb...hi hi hi..jangan ngandung nnti asik mengidam makan lamb jek sudah la....ha ha ha...







No comments: