Pages

Friday

Resepi Churros~!


Assalamualaikum belog~!

Hidangan minum petang untuk hari ini ialah churros...teringin pulak nak cuba...alhamdulillah..memang sedap sangat... Adli yang habiskan... ayah pulak sibuk nak cicah dengan sambal tumis...hi hi hi..memang tekak melayu sungguh!

Tanpa membuang masa lagi...dan saya nak berehat dengan segera....sooo..jom semak resepi churros ni dan jugak cocoa dip tu...hi hi hi...

RESEPI CHURROS

Bahan-bahannya:

50 gram @ 1 sudu makan butter
1/2 tsp garam
1 cawan air
1 sudu makan gula
1 1/4 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam

Cara-caranya:

Didihkan butter, air, garam dan gula.
Masukkan tepung gandum dan gaul segera sehingga menjadi doh.
Tutupkan api dan masukkan telur. Kacau sebati.
Masukkan doh ke dalam 'piping bag' beserta star tip.
Gorengkan secara 'deep fried' sehingga kekuningan dan boleh dihidankan dengan mencelup ke dalam coklat cair.

Untuk celupan coklat ni..disebabkan saya malas sangat nak potong2 cekelat compound...saya gunakan serbuk koko jek...asalkan ada rasa cekelat yg sedap dah memadai...hi hi hi...

RESEPI COCOA DIP

Bahan-bahannya:

1/4 cawan cocoa powder
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan susu pekat manis

Cara-caranya:

Panaskan kesemua bahan2 dengan api yang kecil.
Kacau sehingga pekat.
Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba~!



Ni lauk lunch yang saya sediakan untuk keluarga saya...kerapu kukus...simple dan menyihatkan~!

Untuk dinner pulak...lauk sangat tak menyihatkan...hi hi hi..sambal sardin dengan telur dadar....tak sempat nak amik gambar...kebulur sangat dan tak sabar nak makan sardin....saya ni peminat sardin.....hi hi hi....

Ok lah! Nak tidurrr.......

Nyte~!





No comments: