Pages

Tuesday

Resepi French Macarons~!


Assalamualaikum belog~!

Semalam saya teringin sangat nak buat macarons...search dan search di setiap pelusuk dunia berkenaan dengan resepi macarons ni...sebelum ni Didi ada jugak pernah cuba buat tapi tak jadik...orang kata macarons ni susah nak keluar kaki if tak measure all the ingredients accurately....sudahhhhh...dalam rumah saya ni takde digital weight scale...camne dong!

Tapi saya cekalkan hati nak buat jugak...takyah takut tak jadi...sebab boleh cuba lagi...saya tak pernah beli macarons so saya tak tahu la harga dia mcm mana sebab almond powder sangat mahal! Saya percaya harga macarons kat luar pun mesti mahal jugak...dah la teknik2 membuat pun dah rumit....hi hi hi...


Ini je bahan2 yang digunakan...cuma cream of tartar tu saya tak guna pun...

RESEPI FRENCH MACARONS

Bahan-bahannya:

2 biji putih telur gred A
65 gram gula castor

140 gram gula ising
80 gram almond powder
Pewarna

Cara-cara membuatnya:

Ayakkan gula icing dan almond powder.
Di dalam bekas stainless steel lain, pukulkan putih telur sehingga mencapai soft peak.
Masukkan gula castor sedikit demi sedikit tanpa menghentikan mixer.
Pukul sehingga mencapai stiff peak. Matikan mixer. Campurkan dengan pewarna.
Masukkan 1/4 campuran gula icing dan almond powder ke dalam meringue. Gaulkan dengan silicone spatula secara kaup balik. Ulangi sehingga habis.
Semasa menggaul campuran, pastikan campuran tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Campuran harus dalam keadaan "mengalir seperti lava gunung".
Sediakan parchment baking paper dan paipkan campuran ke atasnya. Bentukkan bulatan sebesar saiz duit 50sen lama.
Rehatkan macarons selama 45 minit sebelum dibakar atau sehingga macarons tidak melekat di jari ketika disentuh.
Bakar pada suhu 140 degree Celcius selama 20 minit.
Sejukkan dan alihkan macarons untuk disapu dengan filling.

Nota penting: Resepi di atas hanya sebagai ilustrasi kasar sahaja untuk anda bayangkan how to do it...tapi saya sangat2 cadangkan agar anda harus membuat banyak research berkenaan dengan pembuatan macarons ni terlebih dahulu...baca tentang kemungkinan yang akan berlaku pada macarons dan cara mengatasinya...


Bagi saya adunan saya tidak memuaskan sebab pekat sedikit...sepatutnya bila dah paipkan atas baking paper...takde dah bentuk2 sebarang peaks kelihatan...sepatutnya kene rata dan shiny...saya harus menggaul lebih sedikit ketika mencampurkan almond powder and icing sugar...


Foot untuk macarons saya memang keluar...tapi lopsided...dan ini adalah mungkin disebabkan oleh saya membiarkan macarons saya mengering terlalu lama...dalam 2 jam lebih...lepas ni kena kasi kering 1 jam jek....hi hi hi...


Saya tak gunakan parchment baking paper....saya beli kertas ni kat kedai kek..so ingatkan tak melekat....rupa2nya ada pelbagai jenis kertas minyak....lepas ni saya akan cari yg lebih berkualiti....untuk macarons saya...saya letakkan peanut butter sebagai filling....sebab tak terlalu manis...hi hi hi...


Ini jugak satu masalah...ada hollow kat dalam macarons saya....tapi tetap ada mashy2 texture in it....and shell dia nampak mcm tebal jek...hi hi hi...anyway my dad sangat sukakannya~!



Percubaan kali kedua sebentar tadi...saya cuba untuk membuat saiz yg agak besar...tapi saya tak cuba untuk panjangkan tempoh membakar...so hanya beberapa keping macarons sahaja dapat saya selamatkan...yang lain2 hancur lebur....saya cuba untuk kurangkan masa mengering foot dia tak terkeluar melebih2...ok la tu....tapi adunan masih pekat....still underbeaten kot...hi hi hi...

Ok la tu...korang pulak cuba k~!



No comments: