Pages

Tuesday

Resepi Kek Cheese Leleh~!


Assalamualaikum belog~!

Alhamdulillah...dapat jugak rasa kek cheese meleleh leleh leleh ni....memang sedap sangat...lagi2 dari air tangan sendiri...hi hi hi...saya just follow resepi kat tenet ni je..dapat la bawak buah tangan balik ke Gambang esok....kat sana bekalan makanan tak tahu ada ke tak sebab baru lepas banjir...hi hi hi....

Sekali lagi ayah yang merupakan peminat cheese telah memuji kek yang anak anggun dia ni hidangkan....hi hi hi hi....tunang saya plak menangis sebab hari ni saja saya dah buat 2 hidangan kegemaran dia....itu sangat kelakar...hi hi hi...

Ok la...jom lihat resepi kek ni~!

RESEPI KEK CHEESE MELELEH

Kek:
100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75g mentega cair

Cara:
Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan
mentega cair.Sebatikan.
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.

Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair

Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese
di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek.



Amacam?

Selamat mencuba~!


1 comment:

Yusla Mahat said...

Bestnya... jom..intai2 blog : ummidihatiku.blogspot.com