Pages

Tuesday

Resepi Shephard's Pie~!


Assalamualaikum belog~!

Shephard's pie ni saya dah buat 2 hari yang lepas...disebabkan kemalasan nak menaip dan ketandusan emosi serta idea...Alhamdulillah...hari ini berkesempatan juga saya nak menaip resepi ni due to ramai orang yang tanya resepi ni....

Sebenarnya ini kali pertama saya buat hidangan ni...tak pernah pula terfikir nak makan apatah lagi nak membuatnya...tetapi disebabkan mama saya nak jugak saya buatkan hidangan ni...saya cuba juga usahakan dengan merujuk beberapa resepi dari pelbagai pihak...untuk mashed potato saya cuba untuk merujuk daripada mat saleh...sebab ini dish dorang yang selalu dorang buat....so mesti dorang lagi tahu nak buat....untuk inti pula saya lihat pada resepi tempatan di mana ia sesuai untuk tekak orang Melayu macam saya dan keluarga saya...

Jom semak resepi~!

RESEPI MASHED POTATO

Bahan-bahannya:

1 kg kentang (dikupas kulit dan dipotong dadu)
1/2 cawan susu segar
2 sudu makan butter
Sedikit serbuk parsley
Sedikit parutan cheddar cheese
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara-caranya:

Kentang yang telah dikupas haruslah direbus dengan 1 sudu garam sehingga empuk di dalam air.
Apabila kentang betul2 empuk, toskan sehingga kering.
Panaskan susu segar dan butter sekadar suam2 kuku atau hampir mendidih. Matikan api. Proses ini adalah untuk menggebukan kentang yang dilecek nanti.
Lecekkan kentang sambil diperasakan dengan garam, cheddar cheese, lada sulah dan parsley. Masukkan sedikit campuran susu segar dan butter. Lecekkan sehingga dapat tekstur yang sangat gebu. Tak terlalu keras dan tak terlalu cair. Ketepikan.

RESEPI INTI PIE

Bahan-bahannya:

500 gram daging cincang
4 ulas bawang putih (dihiris)
1 batang carrot (dipotong dadu dan direbus)
1 tin  kecil kacang panggang
1 tin kecil cendawan butang
3 biji tomato (dipotong dadu)
2 sudu makan jagung frozen
Sedikit garam
Sedikit serbuk parsley
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit sos tomato
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:

Tumiskan bawang putih.
Masukkan daging hancur dan gaul sehingga masak.
Masukkan kesemua bahan dan perasakan.
Gaul sebati dan tutup api apabila sudah masak.
Panaskan oven pada suhu 200 degree Celcius.
Masukkan inti ke dalam bekas tahan panas dan lapiskan dengan mashed potato dengan rata.
Boleh sapukan dengan kuning telur dan taburkan sedikit serbuk parsley.
Bakar sehingga permukaan kentang garing.



Mashed potato masih dalam keadaan yang sangat moist walaupun selepas dibakar... Deli was said that he really loves this kind of comfort food.... and my mom was soooo unexpected that I can cook it very well..... Alhamdulillah~!

Selamat mencuba~!





No comments: