Pages

Wednesday

Kek Pisang Coklat Urai Yang Gebussss~!


Assalamualaikum belog~!

Semalam genap 27 tahun usia tunang tersayang saya...tiada sambutan dan tiada hadiah dapat diberikan...hanya ucapan dan doa untuk si dia... Kebetulan pula saya nak buat kek pisang dan tanpa dijangka kek pisang ini adalah kek kegemaran si dia...hi hi hi... Tahun depan insyaallah kita celebrate birthday bersama2 k...bagitau je nak kek apa...saya boleh buatkan...no problemo!

Mama dan ayah bawa balik pisang yang sangat banyak dari kampung...kelmarin dah buat jemput2 pisang...so semalam saya buatkan kek pisang.... Kek pisang ni saya olahkan daripada 2 resepi kek pisang di internet... satu resepi menggunakan butter dan susu...satu lagi resepi menggunakan minyak canola....untuk resepi ni saya gunakan brown sugar instead of using caster sugar...rasa kek ni tak berapa manis...sedang2 je...so saya ada tambahkan chocolate rice dan choc chip on the top of the cake...taburkan badam cincang since saya tengok ada badan yang belum digunakan lagi....so daripada terbuang baik saya gunakan.... Kek pisang ni sangat gebu dan lembut....kalau dibiarkan sehari kek ini akan jadik moist....memang sedap la untuk dihidangkan minum petang.... 

Jom lihat resepi dulu k~!

RESEPI KEK PISANG

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
1 tsp baking powder (diayak)
1 tsp soda bicarbonate (diayak)
Sedikit garam
4 biji telur gred A
3/4 cawan gula perang
 6 biji pisang yang telah masak (dilecek)
3/4 cawan minyak masak
Sedikit esen pisang
Sedikit esen vanilla
Chocolate rice
Chocolate chip
Badam cincang

Cara-cara membuatnya:

Panaskan oven pada suhu 170 degree Celcius dan lengserkan loyang dengan minyak dan tepung.
Pukul telur dan gula perang sehingga betul2 kembang dengan kelajuan tinggi. Proses ini mengambil masa lebih kurang hampir 8 minit. 
Masukkan esen pisang dan esen vanilla. Pukul lagi.
Masukkan pisang dan minyak. Pukul sebati.
Masukkan chocolate rice. Pukul sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul dengan kelajuan yang sangat perlahan sehingga sebati. Tak perlu pukul beriya2 sangat ye...sekadar sebati jek.
Tuangkan ke dalam loyang dan tabur choc chip dan badam di permukaan kek. Bakar selama 40 minit.
Kalau permukaan kek nampak seperti keperangan pekat, turunkan suhu oven 130 degree Celcius. Bakar sampai masak.



Kek yang telah siap dipotong dan nak bagi jiran2....almaklumlah..pinggan jiran2 dah penuh ni....hi hi hi...


Betapa gebunyaaaaaa...grrrr!




3 comments:

Anonymous said...

Gebu mcm tuan dia wakakakaka

dayangredzuan said...

terus lapar tengok kek pisang

Amirah md esa said...

jangan tengook je...silakan mencuba...hi hi hi...