Pages

Wednesday

Resepi Rainbow Cookies @ Biskut Lidah Kucing Pelangi~!


Assalamualaikum belog~!

Penat sungguh perjalanan ke dari Lumut ke Kuantan dan Johor...terasa sengal2 dah badan ni...nasib baik mood nak update belog ada....tapi nak update resepi yang dah tertangguh la...

Kali ni saya nak mencuba buat rainbow cookies ni...memang tgh hot sekarang kat FB...nama lain dia adalah biskut lidah kucing...dengar nama macam lain macam je kan...tapi bila dah tengok rupa dia..memang menyelerakan sangat! Rasa dia more to butter cookies...dan adunan dia pun cair jek...hi hi hi...nak buat bancuh memang senang...tapi nak buat warna warni tu agak merumitkan jugak la...kalau malas tak perlu nak buat berwarna warni sangat...enough with 1 color...

RESEPI RAINBOW COOKIES @ BISKUT LIDAH KUCING

Bahan-bahannya:

250 gram butter
175 gram gula castor
100 mL putih telur
200 gram tepung gandum
50 gram tepung jaguung
1/4 sudu teh emplex (saya gantikan dengan soda bicarbonate)
Pewarna
Loyang lidah kucing (saya gunakan loyang muffin)

Cara-caranya:

Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara


Kalau takde loyang lidah kucing pun cookies ni menjadi...hi hi hi...


Selamat mencuba~!




4 comments:

Anonymous said...

Nak try hihi. Nak mencari yg tk guna emplex at last jumpa. Thank youuuuu

Ann Ismail said...

Assalamualaikum..

100ml ni berapa biji telur digunakan?

Anonymous said...

Wsalam sis, 100ml tu lbih kurang 3 biji telur

Anonymous said...

Xsampai 3 biji..1biji telur sahaja gredA