Pages

Tuesday

Alhamdulillah...Kursus Kahwin Selesai~!


Assalamualaikum belog~!

Alhamdulillah...saya dan Saufi dah pun menghadiri kursus perkahwinan pada minggu lepas....banyak yang telah kami pelajari sepanjang 2 hari berkursus...bayaran di Perak masih lagi RM80/seorang... dengar kata bayaran kursus kahwin di sesetengah negeri dah pun naik sehingga RM180/seorang... 

Saya rasa..pengisian untuk kursus kahwin ni terlampau simple...perlu adakan setiap weekend dalam masa sebulan untuk mendidik mereka yg belum berkahwin ni mengenai situasi sebenar alam rumah tangga...saya sendiri rasa tak puas dengan pengisian kursus kahwin tu...masih banyak persoalan bermain di fikiran... tapi saya bersyukur sebab mama n ayah saya tak kedekut bagi tips2 rumah tangga ni...hi hi hi... saya ni kalau boleh nak betul2 master dalam pengurusan rumah tangga....walaupun saya ni nanti akan jadi pembantu sahaja kepada Saufi....tetapi dengan bantuan pembantu la seorang pemimpin boleh berjaya....hi hi hi...

Banyak sangat entry yang nak saya update selepas ni...semestinya la resepi2 sepanjang saya tak update ni...hi hi hi...

Ok2....kena rajin!!


No comments: