Pages

Tuesday

Perancangan Menuju Hari Bahagia~!


Sebagai checklist untuk saya dan bakal suami...

6 HINGGA 12 BULAN SEBELUM MAJLIS:

  • Pilih tarikh dan waktu bernikah.
  • Pilih tarikh dan waktu majlis resepsi dan jamuan makan.
  • Pilih tarikh dan waktu majlis bertandang.
  • Pilih lokasi majlis pernikahan, resepsi dan jamuan makan.
  • Tetapkan tema majlis.
  • Anggarkan jumlah tetamu dan mula kumpul nama tetamu.
  • Rancang aturcara majlis.
  • Uruskan bajet.
  • Hubungi kadhi dan Pejabat Agama Islam
  • Hubungi saksi pernikahan
  • Pilih tempat kursus perkahwinan.
  • Tempah lokasi majlis berlangsung.
  • Upah perunding majlis perkahwinan, jika perlu.
  • Pilih juruandam.
  • Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis.
  • Pilih katerer.
  • Pilih jurufoto dan juruvideo.
  • Pilih kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
  • Pilih cincin pernikahan.
  • Pilih kumpulan persembahan.
  • Pilih kek pengantin.
  • Bincang rekaan baju.
  • Bincang barang hantaran.
  • Pilih penggubah hantaran.
  • Rancang destinasi bulan madu
  • Rancang tempat tinggal selepas berkahwin


LIMA BULAN SEBELUM MAJLIS:

  • Himpunkan senarai tetamu.
  • Tempah baju majlis pernikahan dan resepsi (termasuk aksesori)
  • Tempah destinasi bulan madu.
  • Tempah juruandam.
  • Tempah penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.
  • Tempah pengacara majlis / DJ (termasuk PA sistem).
  • Tempah katerer.
  • Tempah jurufoto dan juruvideo.
  • Tempah kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
  • Tempah cincin perkahwinan.
  • Tempah kek pengantin.
  • Tempah kumpulan persembahan.
  • Tempah penginapan untuk tetamu.
  • Tempah kenderaan untuk majlis perkahwinan dan majlis bertandang.
  • Tempah penggubah hantaran.
  • Beli barang hantaran.
  • Hadiri kursus perkahwinan.
  • Buat pemeriksaan kesihatan (HIV).
  • Buat rawatan muka.


EMPAT BULAN SEBELUM MAJLIS:

  • Pilih dan tempah kad jemputan. 
  • Sediakan peta lokasi.
  • Beli cincin perkahwinan.
  • Tempah atau beli cenderahati untuk tetamu.
  • Tempah atau beli corsage untuk ahli keluarga dan penanggah.
  • Tinjau gerak kerja pereka pakaian.
  • Tinjau lokasi majlis.
  • Beli hadiah untuk ibu bapa dan mereka yang terlibat dalam gotong royong.
  • Beli hadiah istimewa untuk bakal pasangan (selain hantaran).
  • Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah. 
  • Bayar deposit (jika perlu)


TIGA BULAN SEBELUM MAJLIS:

  • Serahkan borang permohonan perkahwinan yang lengkap kepada Pejabat
  • Agama Negeri masing-masing.
  • Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga.
  • Sahkan tempahan pakej juruandam.
  • Sahkan tempahan penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.
  • Sahkan tempahan pengacara majlis / DJ.
  • Sahkan tempahan pakej jurufoto dan juruvideo.
  • Sahkan tempahan kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
  • Sahkan tempahan kek pengantin.
  • Sahkan tempahan kumpulan persembahan.
  • Sahkan tempahan penginapan untuk tetamu.
  • Sahkan tempahan percutian bulan madu.
  • Serahkan barang hantaran kepada penggubahnya (kecuali makanan).
  • Buat temujanji dengan katerer untuk bincang menu dan merasa makanan.
  • Buat tempahan untuk melakukan spa.
  • Pilih studio yang sesuai untuk gambar potret.
  • Pilih senarai lagu / nasyid.
  • Tulis alamat tetamu pada kad jemputan.
  • Mula membungkus cenderahati tetamu.


DUA BULAN SEBELUM MAJLIS:

  • Hubungi Jabatan Agama Negeri untuk menyemak status permohonan nikah.
  • Pos kad undangan bagi saudara atau rakan yang jauh.
  • Bincang aturcara majlis bersama penyelaras majlis atau perunding majlis 
  • perkahwinan.
  • Bincang aturcara dan skrip ucapan bersama pengacara majlis.
  • Cetak aturcara majlis.
  • Aturkan tempat tinggal bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari 
  • jauh.
  • Mengaturkan sesi pengambaran di studio.
  • Buat temujanji dengan jurusolek untuk mencuba solekan.
  • Rancang kedudukan tempat duduk tetamu


SEBULAN SEBELUM MAJLIS:

  • Mengirim undangan untuk rakan dan keluarga yang tinggal berdekatan.
  • Bincang panduan yang disediakan bersama jurufoto dan juruvideo.
  • Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga.
  • Buat rawatan muka dan badan. 
  • Mencuba pakaian termasuk aksesori dan mengambilnya dari pereka.
  • Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, dipinjam atau disewa.
  • Sediakan hiasan meja.
  • Pastikan cincin anda dalam ukuran yang betul.
  • Cuba kasut kahwin dan latih menggayakannya.
  • Berlatih senyum setiap hari.


DUA ATAU TIGA MINGGU SEBELUM MAJLIS:

  • Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftar 
  • Pernikahan.
  • Pastikan semua urusan berkaitan dengan prosedur pernikahan telah selesai.
  • Serahkan permohonan cuti kepada majikan.
  • Selesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
  • Sahkan jumlah tetamu dan maklumkan pada katerer.
  • Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan.
  • Sahkan semula percutian bulan madu (termasuk tiket penerbangan).
  • Mula kemas beg untuk bulan madu.
  • Sediakan duit pembayaran untuk jurunikah, saksi, dan perkhidmatan 
  • profesional perkahwinan dalam sampul surat.
  • Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut.


SEMINGGU SEBELUM MAJLIS:

  • Pastikan anda sudah bercuti.
  • Pastikan pakaian pengantin sudah diambil atau diterima. 
  • Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang telah ditempah.
  • Sahkan semua perincian dengan katerer.
  • Siapkan hantaran dan cenderahati (dalam bentuk makanan).
  • Mulakan kerja-kerja menghias pelamin dan bilik tidur.
  • Buat rawatan muka dan badan yang terakhir. 
  • Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga.
  • Sediakan dan pasang papan tanda (petunjuk arah lokasi majlis).
  • Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu anda.
  • Buat raptai untuk majlis resepsi.
  • Semak berulang kali senarai ini dan senarai semak keperluan.


SEHARI SEBELUM MAJLIS:

  • Pastikan barang yang dipinjam/disewa/ditempah sudah diterima.
  • Pastikan kerja-kerja akhir telah disiapkan oleh pembantu-pembantu anda.
  • Pakai inai di jari.
  • Rehat dan tidur awal!


HARI MAJLIS PERKAHWINAN:

  • Bangun awal dan mandi sunat.
  • Pastikan ada banyak masa untuk bersiap.
  • Pastikan anda makan dan rehat dengan cukup.
  • Lalui majlis dengan penuh gembira!

*pengsan tengok checklist*
sharing is caring....credit to blog mira edora

No comments: