Pages

Tuesday

Menu Semalam dan Hari Ini~!

Assalamualaikum belog~!

Alhamdulillah hari semalam saya dapat survive tanpa mama dan ayah. Thesis pun dah siap. Dalam kesibukan menjaga 3 orang kanak2 di dalam rumah ni, dapat jugak saya siapkan thesis saya. Alhamdulillah. Cuma bila Bari dah ke sekolah agama dan Iman pula sudah tidur, berpeluanglah saya mengadap lappy. Hi hi hi.

Tengahari semalam saya masakkan rendang daging.
Petang pula saya buatkan lempeng.
Malam saya buatkan nasi goreng kampung tumbuk untuk Deli.

Alhamdulillah.

Untuk harini, for breakfast just makan buah mangga dan fresh orang juice je.
Saya start masak jam 11:00 pagi tadi.
Untuk lunch saya masakkan sambal sardin untuk Deli dan Iman. Manakala untuk Bari, saya masakkan sup ketam.
Petang ni saya nak buatkan French toast aka roti telur saja untuk mereka. Hi hi hi.
Malam pula inshaallah saya akan masak kuey teow. Tapi xtau nak masak apa. Sama ada goreng atau berkuah.

Ok la. Menu special untuk hari ini ialah sup ketam! 1st time saya buat tau. Resepinya boleh klik di SINI.



Sup ni memang sedap. Kemanisan datang dari isi ketam tu memang marvellous! Sesiapa yang belum cuba..kenalah cuba ye. Hi hi hi.


Sambal sardin. Requested by Deli.


Menu minum petang semalam. Lempeng dan rendang daging. Rendang tu saya gunakan cili api. Sebab tu warna dia tak merah. Hi hi hi.



Iman yang kekenyangan. Dia memang suka apa jua sambal dan juga kari. Memang akan bertambah la kalau ada lauk2 pedas. Hi hi hi.




No comments: