Pages

Sunday

Resepi Maggi Ketam~!


Assalamualaikum belog~!

Yeay...dapat juga masak untuk family terchenta!

Menu maggi ketam ni saya buat lepas layan cartoon dengan Deli kat MBO. For the second time I watch How to Train Your Dragon 2...but this time in 3D...sangat puas hati!

Balik dari MBO saya terus buatkan maggi ketam utk mama n ayah n saya.
Alhamdulillah.
Mama dan ayah memberikan pujian. Mama suruh saya jual maggi ketam cuti sem ni. Ha ha ha.

Diorang pernah makan kat kedai makan kawan diorang. Then, bila saya buat ni, diorang puji saya punya maggi ketam lagi sedap! Wah! Kembang gitu kan...hi hi hi...

Jom tengok resepi!

RESEPI MAGGI KETAM

Bahan-bahannya:

Sebungkus mee segera perisa kari (saya guna jenama Sajimee)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
2 hirisan nipis halia
3 tangkai cili api (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit lada hitam (ditumbuk)
Sedikit minyak untuk menumis
3 sudu makan sos cili
1 ekor ketam
1 biji telur
Air secukupnya
Sedikit serbuk perasa

Cara-cara membuatnya:

Tumis bawang besar, halia, bawang putih dan cili api sehingga naik bau.
Masukkan perencah kari. Gaul rata dan masukkan air.
Masukkan sos cili dan gaul sebati. Kemudian, masukkan ketam.
Apabila ketam dah masak, alihkan dari rebusan kuah kari.
Masukkan mee segera dan lada hitam. Angkat mee segera ke dalam pinggan makan setelah masak.
Dengan kuah yang mendidih, masukkan pula telur. 
Hidangkan apabila sudah masak. Boleh tambah air sekiranya air berkurang.
Siap!

Dah lama rasanya tak tulis resepi. Inshaallah akan datang saya akan datangkan resepi untuk berdiet k. 

Selamat mencuba~!


3 comments:

adda syuhada said...

sedap

iamNurul said...

Sedapnya...terima kasih untuk resepi :)

Sofiya Munshi said...

i really like this recipe :-)