Pages

Monday

Tau Miu dan Tofu~!


Alhamdulillah.

Semalam saya berkesempatan masakkan sesuatu untuk mama ayah dan adik saya. Walaupun ringkas tapi at least sihat dan mengenyangkan. Hi hi hi. Saya masakkan sayur2an sahaja. Sayur tau miu dengan udang. Sayur bayam dengan cendawan (tiada gambar). Tofu kukus. Singgang ikan. Alhamdulillah untuk rezeki kami sekeluarga semalam.

Harini mama dan ayah ke Johor atas urusan pekerjaan. Saya kena menjaga adik saya. Harini makan rendang daging. Malam tadi saya baru belajar masak dengan mama. Senang je! Resepi mama saya hanya pakai cili padi. Patutlah pedas sgt. Hi hi hi.


Sayur tau miu ni saya beli di Tesco. First time makan. Sedap pulak tu! Digandingkan dengan udang. Memang meletop! Hi hi hi. Saya buat style Chinese. Kalau masakan Chinese memang tak lengkap kalau takde minyak bijan dan kicap cair. Hi hi hi.


Haritu makan dengan bakal suami di Chicken Rice Shop. Sedap pulak. Ni percubaan pertama saya. Alhamdulillah menjadi. Ayah paling suka ni. Hi hi hi. Saya tak beli daun bawang. So nak garnishkan tofu ni saya gunakan sayur tau miu tadi. Hi hi hi. Asalkan ada warna.

Harini saya nak siapkan thesis. Sikit lagi. Lepas tu nak siapkan presentation slide. Ya. Isnin ni viva. Wish me luck~!

Tinggal satu semester sahaja lagi sebelum saya bergraduasi.

Chemical Engineer to be. Insyaallah.



No comments: