Pages

Tuesday

FOTD~!


Assalamualaikum belog~!

Sebelum saya update juadah berbuka puasa beserta dengan resepi, saya nak update dulu wajah kesayangan Mama, Ayah dan bakal suami dulu. Hi hi hi.

Perasan sangat!

Malam ni dapat semangat dari MUA dari Youtube. Dia lelaki. Tapi pandai mekap. Jelly sangat! Selongkar almari cari eyeshadow palette yang Didi bagi beberapa tahun yang lepas. Nampak sangat tak reti pakai eyeshadow. Hi hi hi.

Malam ni berjaya jugakla ikut step by step yg MUA tu ajar. Tak payah nak pegi kelas mekap kan! Belajar ikut Youtube je. Jadi la jugak hasilnya untuk saya yang pertama kali mencuba ni. Ceh! Puji diri sendiri. Ha ha ha.


Kelmarin saya dengan Mama pergi ke drug store. Itupun disebabkan Silky Girl buat promotion lipstick. Buy 1 free 1. Cepat2 pergi. Tapi hasil tuaian di drug store tiba2 banyak la plak! Hi hi hi. Normal la tu kalau dah namanya LADIESSS. 

Sebenarnya malam ni saya mekap sebab nak rasmikan BB cream terbaru dalam koleksi saya. BB cream dari Bio Essence. At first, memang tak paham langsung salesgirl tu duk explain. Dia tanya saya yang saya ni pergi kerja pakai foundation tak? Saya pun jawab la tak pakai. Dia terkejut betul! Saya rasa macam berdosa plak dengan cara dia terkejut tu. Ha ha ha. Then, dia tunjuk la benda alah ni. Dia kata saya kena pakai benda alah ni sebab nak jaga kulit dari sinaran UV. Siap ada SPF 25 uols! Then, saya gtau saya pakai sunscreen la..SPF 60 ++ tau! Foundation memang la saya tak pakai sebab my skin is very oily. Dalam perbualan ayam dengan itik tu saya dapat agak yang salesgirl ni tak kenal mana satu foundation dan sunscreen. Ha ha ha. Nasib baik ada salesgirl yang explain betul2 pasal produk ni. Terus saya amik. Tengok review kat internet pun macam ok je. Before this saya pakai BB cream dari Elianto. Tak best! Kulit rasa macam tak bernafas. Tak suka iols!


BB cream sekarang tengah offer. Saya beli dengan harga RM59.90.


Description boleh la rujuk pada gambar ni eaa. In my review, best la jugak BB cream ni. Tak berminyak or dewy. Nak mekap pun senang je. Pastu warna kulit terus jadi sekata. Macam magic gitu.


Before apply this on my face, saya akan pakai serum, moisturizer dan sunscreen dulu. Nak optimizekan penjagaan kulit. Hi hi hi. Da tua ni kena jaga kulit bak kata Mama.



Pandangan dari dekat.


Ececeh!

Kena praktis lagi.

Pasni nak belajar contouring muka plak. Taknak nampakkan muka yang bulat tu secara ketara. Haih!


Tata!


No comments: