Pages

Wednesday

Resepi Ikan Keli Berlada & Sayur Bendi Tumis Dengan Telur~!


Alhamdulillah...dah selesai workout untuk malam ni! 

My routine workout:
- Squats (10 reps x 10 times)
- Kettlebell swing (30 minutes)

Workout ni dah cukup buat saya berpeluh sampai basah baju. Puas hati kalau workout guna beban ni. Cubalah!



Menu berbuka puasa harini mama say buat kurma kambing sebab ayah nak. Tapi disebabkan saya tak makan kambing, saya masak sendiri lauk saya. Ikan keli goreng berlada dan bendi tumis dengan telur. Alhamdulillah. Deli pun suka. Cuma untuk ikan keli tu, next time saya nak bakar je. Taknak goreng. Meletup2 walaupun api sangat perlahan. Merajuk dengan ikan keli goreng. Hu hu hu. Nasib baik la minyak panas tak kena kulit saya.



RESEPI IKAN KELI BERLADA

Bahan-bahannya:

Beberapa ekor ikan keli
5 biji tangkai lada merah (ditumbuk)
2 biji tangkai lada hijau (ditumbuk)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci belacan (ditumbuk)
1 sudu perahan jus lemon
Sedikit garam
Sedikit kunyit

Cara-cara membuatnya:

Ikan keli dilumur dengan garam dan kunyit dan digoreng terlebih dahulu. Ketepikan.
Tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk sehingga masak.
Masukkan sedikit garam dan juga perahan jus lemon.
Apabila sudah masak, gaulkan ikan keli yang telah digoreng bersama2 dengan bahan2 tumisan.
Siap.


RESEPI SAYUR BENDI TUMIS DENGAN TELUR

Bahan-bahannya:

Beberapa tangkai bendi
1 biji cili merah (ditumbuk)
1/2 biji bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk
2 biji telur (dipukul dadar)
Sedikit garam

Cara-cara membuatnya:

Tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk dan perasakan dengan garam.
Hiriskan bendi dan terus masukkan ke dalam tumisa yang sudah kering. Gaul rata.
Masukkan telur dan gaul sehingga kering.
Siap!


2 comments:

adda syuhada said...

sedapnyerr....nak skit bleh?

Amirah md esa said...

amik la...hihi