Pages

Tuesday

Resepi Ikan Pari Bakar Masak Lemak Cekur & Brokoli Masak Sos Tiram~!

Assalamualaikum belog~!

Ini entry ketiga untuk malam ni. So, saya rasa macam takde benda nak ceritakan. Cuma nak update menu berbuka puasa untuk hari ini. Alhamdulillah. Rezeki yang Allah berikan harini.


Senang sangat nak masak ni. Tumis bawang putih dengan halia. Masukkan brokoli dan sos tiram serta sedikit air dan garam. Siap~!


One of my favourite lauk yang harus makan dengan nasi putih panas. Tapi disebabkan tgh amalkan diet sihat, saya makan dengan beras perang. Pun sedap! Mula2, ikan pari kena bakar dulu. Untuk kuah, blend 2 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, seinci belacan, 3 biji ubi cekur. Tumis bahan diblended tadi sampai naik minyak. Masukkan santan. Kalau pekat sangat tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih dengan api yang perlahan. Perisakan dengan garam dan gula. Masukkan ikan yang dibakar tadi. Masak la sampai siap.


Ni la portion makanan saya setiap hari. Family member yang lain makan nasi putih. Saya je makan brown rice. Hi hi hi.

Alhamdulillah.

Jom tidur~!

No comments: