Pages

Thursday

Resepi Kuey Teow Guongfu~!


Assalamualaikum belog~!

Harini kalau boleh nak update entry tertunggak. 

Ye la..dah start cuti panjang ni haruslah rajin blogging. Hi hi hi. Menu di atas ni saya buat masa hari yang saya buat sup ketam tu. Menu ni untuk dinner saya dan Deli.
  
Memandangkan sup ketam ada lagi tapi ketam da xde, saya tambahkan dengan udang dan sotong. Saya juga masukkan cili api dan lada sulah. Untuk pekatkan kuah tu saya letakkan tepung jagung. Siap dah kuah untuk menu ni. Kuey teow plak saya gaulkan dengan telur yang sudah dipukul dan diperasakan dengan sedikit saja garam. Then, goreng di atas kuali sehingga garing. Memang bertambah2 la saya dan Deli malam tu. Sedap gila!! 

Cubalah kalau ada lebihan sup ketam or ayam or ikan untuk dijadikan kuah menu ni. Simple dan tak membazir.



No comments: