Pages

Tuesday

Resepi Laksam Kelantan~!


Assalamualaikum belog~!

Menu berbuka puasa kami sekeluarga semalam. Laksam Kelantan. Saya cukup suka dengan laksam. Tapi disebabkan ianya bersantan, saya terhadkan pengambilannya. Dah beberapa bulan saya tak makan laksam. So, semalam selera saya nak makan laksam membuak2. Terus masuk dapur dan memandangkan kesemua bahan2 ada, menjadi la laksam untuk disantap ketika berbuka. Alhamdulillah.

Walaupun nak membuatnya leceh, tapi disebabkan keinginan melebihi segala2nya, saya redah jek! Ha ha ha.

Sebelum ni saya ada juga update berkenaan dengan laksam. Saya pernah buat jugak dulu. Tu yang agak konfiden nak buat kali kedua. (Resepi sebelum ini.)

RESEPI KUAH LAKSAM KELANTAN

Bahan-bahannya:

10 biji bawang merah @ shallot (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
3 keping asam keping
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
1 kg ikan kembung (direbus dan dikisar)
1 bungkus santan
Sedikit garam dan gula

Cara-cara membuatnya:

Kesemua bahan2 disatukan di dalam periuk dan masak tanpa pecah minyak. Jika pekat, tambahkan dengan air rebusan ikan.



RESEPI MEE LAKSAM

Bahan-bahannya:

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam
1 sudu kecil garam.

Cara-cara membuatnya:

Kesemua bahan di bancuh dan tapis.
Panaskan tudung periuk dan sapu minyak.
Tuangkan aduan dan kukus sehingga mengelembung angkat terus gulung.


Ulam2an

Kacang panjang
Taugeh
Timun
Daun kesum
Bungan kantan (dihiris kesemuanya)

Sambal belacan:

Bahan2:

10 biji cili merah
3 biji cili padi
20 gm belacan
garam dan gula secukup rasa

Siap~!






No comments: