Pages

Saturday

Resepi Roti Naan Cheese~!


Assalamualaikum belog~!

Sebelum menunggu berbuka puasa ni, saya nak share pengalaman buat roti naan. Tiba2 mengidam nak makan pula memandangkan ayah memborong pelbagai jenis cheese. Hi hi hi. Ayah saya memang peminat setia cheese. Bagi dia cheese tu macam belacan. Dan saya pun dapat benefit jugak la dari situ. Ini kerana saya tak boleh minum susu, jadi, cheese tu sumber kalsium gantian la kepada saya. Hi hi hi. Berbalik kepada cerita roti naan ni. Sebelum saya berangkat pulang ke Lumut sempena dengan cuti semester saya, bakal suami ajak isi perut dulu kat kedai mamak sebab dia berbuka dengan air soya je. 

So, sampai sana saya oder mee goreng mamak dan bakal suami oder roti naan cheese with garlic dan tandoori chicken. Bila makanan saya sampai, saya dapat rasa yg mee goreng mamak tu tak sedap langsung! So saya menumpang la makan garlic nan cheese. Sedap! 1st time saya makan roti naan kat kedai mamak. Dalam hati bertekad nak buat bila sampai rumah nanti. Hajat terlaksana jugak malam tadi. Lepas berbuka terus ke dapur sediakan bahan2 roti naan. Tapi, bila part nak menguli...nauzubillah! Sado badan saya. Punyalah penat nak menguli sebab adunan kering. Dah tambah air pun tetap keras. Last2 saya biarkan bila doh tu xlekat kat tangan saya. Alhamdulillah menjadi! Time tu dah terpikir macam mana la mamak2 taf duk uli tepung dorang. Ergh! Kembang plak tekak ni. Hi hi hi. Pasni sumpah takmo makan kat kedai mamak.


Doh ni lembut selepas sejam dibiarkan yis2 melakukan tugas masing2. Saya ada simpan doh selebihnya ke dalam peti sejuk. Just biarkan bertutup dengan towel lembap. Bila nak guna, keluarkan dari fridge dan biarkan seketika. Boleh dicanai apabila doh telah pun lembut. Harini saya gunakan balik doh ni untuk dijadikan puri.


Sambil menunggu doh kembang, saya buatkan kari tanpa santan untuk kuah mencicah roti naan. Untuk kari saya hiriskan sebiji bawang besar, 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia. Tumiskan rempah tumis dan bawang2 n halia. Pastu masukkan serbuk kari 3 sudu makan dan serbuk cili 1 sudu kecil. Gaul2. Then, baru masukkan daging yg dah direbus. Masukkan kentang n carrot. Pastu masukkan air n garam. Siap~! Senang je buat kari ni. Macam makan kari kat kedai mamak gitu. Hi hi hi.


Masa untuk membakar roti naan! Saya buat 2 layer. Kat tgh2 saya letak cheddar cheese. Kat atas taburkan garlic cincang. Masak la sampai menggelembung. Kalau tak menggelembung tu xtau la kenapa ye.

RESEPI ROTI NAAN

Bahan-bahannya:

5 cawan tepung gandum
3 cawan tepung naik sendiri
1 sudu makan yis
1 cawan susu segar
1/2 biji jus lemon
2 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
Sedikit air.

Cara-cara membuatnya:

Rendamkan yis ke dalam 1/2 cawan air suam hingga kembang.
Campurkan susu segar dengan lemon juice.
Dalam bekas yg berasingan, campurkan tepung gandum dan  tepung naik sendiri dengan gula dan garam. Gaul rata.
Masukkan minyak zaitun dan campuran susu lemon. Gaul tepung tu.
Buatkan lubang di tengah2 tepung tadi, masukkan yis yg dah kembang. Uli.
Jika adunan terlalu kering utk dijadikan doh, masukkan air sehingga adunan menjadi doh.
Biarkan selama sejam dengan ditutup dengan tuala basah.
Setelah sejam, tumbuk doh tadi utk mengeluarkan udara yg terhasil dari yis. Uli sekali lagi.
 Bahagikan doh seperti gambar di atas.
Canaikan!


Kalau nak lagi sedap, sapukan dengan garlic spread...pergh! Terangkat sungguh!

Kalau nak yang asli, cincang la garlic berkenaan.


Tampalkan dekat atas roti naan tu...sedapppp~!


Boleh la cicah dengan heaven~~!

Selamat mencuba!












2 comments:

bungaviolet said...

ow ok t nak cube lah buat..tq share...

Hamba Allah said...

Sedapnya. Buatku tergoda