Pages

Thursday

Resepi Spaghetti dengan Broccoli~!


Assalamualaikum belog~!

Ini menu kegemaran mama saya. Setiap kali saya balik dari UMP, mesti ini menu wajib yang akan dia request. Menu ni boleh dikatakan menu yang sihat juga la. Cuma kalau berlebihan dalam penggunaan bahan2 dia akan meningkatkan lagi la jumlah kalori tu. Saya selalu hidangkan menu ini untuk makan malam. So saya akan buat sikit je la untuk family saya. 


RESEPI SPAGHETTI DENGAN BROCCOLI

Bahan-bahannya:

1/2 bungkus spaghetti (boleh juga gunakan any types of pasta)
Broccoli (kuantiti ikut suka. lagi banyak lagi sedap)
3 ulas bawang putih (dihiris)
Sedikit minyak zaitun untuk menumis
1 kiub pati ayam
Sedikit air (utk melembutkan broccoli dan melarutkan kiub ayam)
Sedikit air rebusan spaghetti
Sedikit butter
Sedikit parutan parmesan cheese
Sedikit chilli flakes
Sedikit garam dan black pepper

Cara-cara membuatnya:

Rebuskan pasta di dalam air yang sudah mendidih dan letakkan sedikit minyak dan garam.
Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih serta chilli flakes.
Masukkan broccoli dan air serta kiub pati ayam. Biarkan sehingga broccoli lembut.
Setelah broccoli lembut, hancurkan kasar broccoli tersebut.
Masukkan garam.
Masukkan spaghetti dan gaul rata.
Masukkan air rebusan spaghetti utk memekatkan kuah lagi. (Broccoli pun boleh pekatkan kuah juga.)
Masukkan butter untuk jadikan spaghetti more creamier.
Masukkan parmesan cheese mengikut selera anda.
Siap~!

Kalau ada anak2 anda yang tak suka makan sayur, cuba try this recipe...inshaallah dorang suka...

Selamat mencuba~!



No comments: