Pages

Wednesday

Resepi Untuk Hari Ini~!


RESEPI IKAN KERING MASAK LEMAK CILI API DENGAN NENAS

Bahan-bahannya:

Ikan kering (dipotong dan direndam sehingga hilang masin)
Nenas
1 1/2 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
2 inci kunyit hidup (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
10 biji cili api atau ikut kepedasan yang disukai (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
3 keping asam keping
Santan dan sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam

Cara-cara membuatnya:

Tumis bahan2 yang telah dikisar sehingga pecah minyak bersama2 dengan serai.
Masukkan ikan dan nenas serta asam keping. Gaul rata.
Masukkan santan serta sedikit air. Masak dengan api yang perlahan dan sentiasa dikacau untuk mengelakkan pecah santan.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
Siap untuk dihidangkan.




RESEPI BROCCOLI TUMIS

Bahan-bahannya:

Broccoli (dipotong dan dibersihkan)
Sedikit ikan bilis
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu makan chilli flakes
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:

Gorengkan ikan bilis sehingga sedikit garing.
Tumiskan bawang putih dan chilli flakes. Perasakan dengan sedikit garam
Masukkan broccoli dan gaul rata. 
Letakkan sedikit air sekiranya anda inginkan broccoli sedikit lembut. Saya suka broccoli rangup. Saya tak letak air.

Selamat mencuba~!

No comments: