Pages

Wednesday

Lagi 2 Hari Masuk Bulan November~!


Pejam celik pejam celik...lagi berapa hari je nak jadi isteri orang...

Masa kecik2 dulu ingatkan takde orang nak saya sebab sejak dari kecik lagi takde orang nak puji saya ni cantik...saya sering saja dimomokkan dengan perkara2 negatif dalam hidup sampai takde keyakinan diri...sampai tak dapat nak nilai kecantikan yang Allah berikan kepada saya.

Alhamdulillah...saya telah berjumpa dengan lelaki yang tak pernah bagi alasan untuk tidak suka saya sebab keadaan fizikal saya...malah lebih baik dalam memberikan semangat dan keyakinan diri....

Thanks sayang!

Sudah hampir 2 minggu saya menjalankan diet Atkins...sejenis diet yang dikatakan mampu untuk memberikan hasil positif yang cepat!

Minggu pertama memang saya akui agak sukar bagi saya... Antara simptom2 yang saya perolehi sepanjang minggu pertama ialah :

1. Pening kepala
2. Lesu dan letih
3. Nafas berbau
4. Dalam mulut rasa pahit je
5. Tak boleh tidur malam
6. Haus yang amat sangat
7. Selera makan kurang

Masuk je minggu kedua, simptom2 tu hilang....maknanya saya bukan lagi dalam fasa 'in ketosis' tapi dalam fasa 'keto-adapt'....so just keep go on je la ngan diet ni sampai dapat berat ideal... weekend ni baru nak timbang berat...since ada inchloss...so saya yakin akan ada pengurangan kg...inshaallah....yang penting berusaha untuk sihat...





No comments: