Pages

Friday

Braided Nutella Bread Recipes (inspired by Laura Vitale) ~!

Assalamualaikum belog~!

Tanggal 14/11/2014 menandakan kurang dari sebulan je lagi saya nak bergelar seorang isteri.

Esok ada appointment dengan Tok Kadi untuk sesi wakalah. Diharapkan semuanya berjalan dengan lancar tanpa apa2 sesi yang mengeluarkan air mata. Tak mampu nak bernafas nanti memandangkan sekarang sedang diserang flu. 

Persiapan buat masa ni alhamdulillah ok. Berapa banyak berhabis duit tu saya taknak ambil tahu sebab ayah yang sponsor. Hi hi hi. Pelamin, outfit, doorgift, catering, khemah, alhamdulillah dah habis bayar. Minggu depan jumpa dengan photographer untuk berkenalan. Homestay untuk family juga dah settle. Hantaran yang semuanya berupa makanan (inspired by Ustaz Don...saling sharing dengan family) inshaallah akan settle juga. Inai just pergi je buat dengan Indian di Sitiawan. Simple je kan! Hi hi hi.

So, selepas presentation Plant Design semalam, saya terus drive ke Lumut. Saya bertolak jam 5:30 petang dan alhamdulillah selamat sampai jam 11:00 malam. Saya akan stay di rumah sehingga Khamis minggu depan memandangkan saya tak balik masa cuti semester haritu. Kiranya ni ganti cuti la. Hi hi hi.

Sepanjang berada di rumah ni jangan harap untuk saya berdiet la. Memang menyelam terus dalam laut ni. Balik rumah kena jadi ikan duyung. Hi hi hi. Bila di Kuantan nanti transform jadi orang balik. Ops..bukan orang..tapi biawak (bak kata ayah) sebab kena telan telur 6 biji setiap hari. Hi hi hi.

Ok la. Alang2 tak diet ni, saya ada buat roti petang tadi untuk dinner hari ini. Penangan menahan kecur air liur tengok Puan Laura Vitale buat roti.


Tadaaaaa!

Braided Nutella Bread from Laura Vitale!

Tapiii...saya inspired je. Resepi roti saya follow resepi dari mama saya. Hi hi hi.

Braided Nutella Bread Recipes (inspired by Laura Vitale)

Untuk doh roti:

500 gram tepung gandum
3 sudu makan marjerin
3 sudu makan gula pasir
3 sudu makan susu tepung
1/2 paket yis Mauripan
1 1/4 cawan air
Sedikit garam
1 biji telur

Cara- cara membuatnya:

Gaul hingga sebati semua bahan kecuali tepung gandum.

Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam bahan2 yang telah digaul sebati.

Uli sehingga mendapat doh yang selembut sutera (means sehingga tak lekat di jari, if lekat sila dip kan jari ke dalam tepung tambahan)

Biarkan 1 jam doh.

Selepas 1 jam, tumbuk doh utk keluarkan angin dan uli sedikit lagi.

Bahagikan doh kepada beberapa bahagian.

Follow step by step gambar di bawah:


Dan ini pula hasil kreativiti saya (kononnya!)


Sebelah kiri ni intinya adalah jem strawberry untuk mama. Sebelah kanan pula intinya sambal tumis untuk ayah.


Dan ini adalah untuk saya!


Gebus gebas!

Selamat mencuba~!



No comments: