Pages

Thursday

My Fit Journey~!


Assalamualaikum belog~!

Hi hi hi. Rasa malu plak nak reveal gambar sendiri. Tapi demi untuk meneruskan perjuangan untuk kurus, saya gagahkan jugak! 

Gambar sebelah kiri adalah gambar terkini. Manakala gambar di sebelah kanan adalah gambar yang diambil ketika bercuti di Cameron Highland hujung bulan Ogos haritu setelah berhenti diet n workout sbb cuti raya dan cuti sem.

Beza x?

Saya start diet Atkins pada 21/10/2014. So gambar di sebelah kanan tu adalah gambar setelah 2 minggu ber'DA'. Berat badan saya kurang 10 kg dalam masa 2 minggu. Then, my family datang Kuantan dan start la cheat selama 3 hari.

3/11/2014 saya start balik diet Atkins. Cuma agak kecewa semalam apabila menu di kedai makan yang dihidangkan mengandungi carbs tersembunyi. Boleh pula dia letak tepung jagung dalam kangkung tumis. Sangat tak paham!

Berusaha harini dengan jayanya plus having mood swing plak due to my PMS. Grrrr.....

Yang penting target untuk dapatkan badan masa muda2 dulu masih berkobar2!

Inshaallah I can do it!






No comments: