Pages

Monday

Resepi Asam Pedas Ayam. Sedap dan Mudah.




Resepi Asam Pedas Ayam:
Bahan2:
1/2 ekor ayam (dipotong kecil, dibersihkan dan ditoskan)
3 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 inci kunyit*
Segenggam cili kering atau ikut kepedasan yang disukai (direbus dan dibuang biji)*
Sedikit belacan*
Air asam jawa (ikut kemasaman dan kepekatan kuah yang anda mahukan. Asam pedas memang banyak guna asam jawa.)
2 batang serai (dititik)
1 kuntum bunga kantan (dibelah 2)
Minyak untuk menumis
Sedikit garam.

Cara2:
Kisar halus kesemua bahan yang bertanda *.
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar dengan serai sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam dan gaul rata.
Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam.
Biarkan hingga mendidih dan minyak mula naik di permukaan.
Masukkan bunga kantan dan biarkan mendidih seketika.
Siap untuk dihidangkan.

5 comments:

adda syuhada said...

Salam Amirah,

Ya Allah! Sedapnya! Lepas ni boleh try recipe ni plk...

Amirah md esa said...

hihi...silakan sis...

Anonymous said...

terbaik! mmg sedap!

Lieya Rose said...

Nak try..nmpk macam sedap jer..yummy...

Anonymous said...

Saya teringin nak makan ayam masak pedas.. Tapi saya nak cubalah . Mesti sedapp .