Pages

Monday

Resepi Kek Gulung Swiss @ Swiss Roll Cake~!


Assalamualaikum belog~!

Hari ini mood saya agak baik. Sebenarnya mood saya akan baik bila saya memasak. Kalau saya bad mood selalu, maknanya saya tak memasak la tu. Pelik kan? Bagi saya kepuasan memasak mengatasi segala kegembiraan yang ada di dunia ni. Waalupun saya hanya menjamah sedikit saja, itu pun dah bermakna bila saya dapat masak. Selain memasak untuk diri sendiri, saya suka share masakan saya dengan orang lain. Bagi pada jiran2 dan upload di FB dan IG. Tapi agak terkejut juga bila ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan sikap saya yang suka upload di FB.

Mula2 dengar agak pedih juga hati saya. Tapi, untuk positifkan diri sendiri dan tahu apa yang saya buat, saya abaikan sahaja anasir-anasir negatif tu yang datang dari orang yang amat saya kagumi. Bagi saya, setiap perkara yang dipandang dari sudut positif akan mendatangkan hasil yang positif untuk minda dan tenaga. Kalau dia bersikap negatif, kemungkinan dia seorang yang negatif dan saya orang yang positif!

Baiklah. Berbalik pada swiss roll cake saya, sebenarnya hari semalam saya buat juga cake ni tapi tak jadi. Cake pecah masa nak menggulung. Untuk tidak mengecewakan diri sendiri, saya cuba untuk menghias cake ni jadi lebih menarik untuk dimakan dan inilah hasilnya.


Saya kemaskan potongan dan letakkan di dalam muffin cup ala-ala brownies gitu. Hi hi hi. Boleh la cuba taktik ni ye bila tak jadi menggulung.



RESEPI DECORATED SWISSROLL CAKE

Bahan-bahannya:

Bahan A
3 biji kuning telur
75 gram gula castor
50 ml air
40 ml minyak masak/ jagung
1 tsp esen vanilla
80 gram tepung gandum

Bahan B
3 biji kuning telur
2 tsp gula castor
1/8 tsp cream of tartar/ tepung jagung

Pewarna pilihan anda

Cara-cara membuatnya:

Pukul bahan B sehingga bertanduk/ soft peak. Ketepikan.

Di dalam bekas lain, pukul kuning telur dengan gula sehingga kembang dan pucat.
Kemudian, masukkan air, minyak, esen vanilla. Pukul sebati.
Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.
Masukkan bahan B tadi ke dalam bahan A. Kaub balikkan adunan sehingga sebati.

Asingkan 1/2 cawan adunan dan letakkan pewarna. Kalau adunan tu cair, tambah tepung gandum untuk pekatkan ia. Dengan cara tu, aktiviti melukis menjadi mudah!

Lukis corak yang anda inginkan. Sorry comot sikit sebab ni gambar 1st time buat.

Lepas lukis corak, masukkan dalam oven yang telah pun dipanaskan pada suhu 170 C. Bakar selama 1 minit. Api atas bawah.

Bila da seminit, boleh la masukkan baki adunan dan bakar selama 10 hingga 15 minit. Jangan terlalu lama sebab nanti kek akan pecah semasa menggulung.

Bila da siap bakar, boleh terbalikkan kek di atas baking paper dan boleh buka baking paper yang ada corak tadi. Biarkan sejuk.

Sapukan Nutella atau apa2 jem kesukaan anda. Dan boleh la start menggulung! Lepas menggulung masukkan dalam fridge dulu. Kek ni sedap dimakan ketika sejuk2.


Ok la semua, selamat mencuba~!



1 comment:

Akmal said...

Salam.. kalo jual di facebook ade sambutan x? mohon petunjuk