Pages

Friday

Cycle Day 1.

Akhirnya, period saya datang dengan banyak pagi ni. Sakit mencucuk2 perut. It's ok. Bulan depan dan bulan- bulan seterusnya masih boleh ber'TTC'. Pagi ni saya perlu ke Kuantan untuk menyelesaikan last task. Alhamdulillah. Saufi cuti semata2 nak temankan saya. Surprisingly, dia dah pun siapkan breakfast untuk saya. Alhamdulillah. Mungkin dia mahu merawat kesedihan dalam hati saya.

Selepas selesai task di Kuantan, kami akan ke Lumut pula. Sudah pasti la ayah akan kirim beli durian musang king! Yay! Dapat makan durian dengan jayanya malam ni. 

Mungkin rezeki anak untuk bulan ni takde buat kami. Inshaallah ada rezeki lain yang sampai dulu. Lagipun kami baru sahaja 5 bulan mendirikan rumah tangga. Enjoy dulu!


No comments: