Pages

Wednesday

Expecting A Baby?

Harini dah masuk 3 hari period tak muncul. Cuma ada sedikit brown stain dekat panty masa baru bangun tidur tadi. Agak risau jugak pada permulaannya. Bertanya pulak pada rakan2 yang memang sudah ada pengalaman mengandung. Ada yang suruh ke klinik. Ada yang pernah mengalami keadaan yang sama. Agak tenang jugak la. Takmo stress.

Period saya memang tak pernah lewat sejak saya buang ovari sebelah kanan masa Form 2. Alhamdulillah. Sebab tu saya agak yakin yang ada baby dalam rahim saya walaupun da 2 kali check UPT dengan result negatif. 

Simptom2 yang saya rasa sepanjang minggu sebelum missed period:

- Badan panas semacam nak demam.
- PMS (sakit belakang, cramp, mood swing, etc)
- Jadi pemalas sangat! Tidur sentiasa.
- Kencing selalu (tp saya memang kuat minum air masak, normal kot kalau kencing je.)
- Lapar sepanjang masa
- Sakit gigi.
- Sembelit

Inilah yang saya rasa. Kebetulan pulak, Saufi ada mimpi pasal positive UPT. Dia memang yakin sangat saya ni pregnant. Siap masakkan nasi goreng lagi untuk saya. Dia suka usap2 perut saya. Dia selalu cakap2 kat perut saya. Hi hi hi. Kebetulan pulak, minggu lepas mak mertua dah bertanya pasal saya da ada isi  atau belum. Saya cuma mampu minta dia doakan saja. FYI, kami baru sahaja 5 bulan berkahwin. Kami berserah dan redha sahaja atas rezeki yang diberikan olehNya. If ada, alhamdulillah. If takde, kita cuba lagi. 


No comments: