Pages

Tuesday

Suami Terhebat!

Alhamdulillah.

Sudah 17 minggu usia kandungan saya. Dapat rasa gerakan baby dalam perut. Paling aktif waktu malam dan waktu pergi shopping. Hi hi hi. Saya rasa happy sangat di saat ni. Walaupun gigi sakit sebab berlubang, tapi layanan suami tersayang buatkan saya terasa bahagia sangat. Bersyukur sebab dikurniakan suami yang sangat rajin dan penyayang. Saya dilayan seperti seorang puteri. Dia tidurkan saya seperti saya seorang bayi. Saya tahu dia penat sebab bekerja. Saya juga tahu dia mahu dibelai seperti dahulu. Tapi dia memang kuat dan sabar dalam melayan pelbagai kerenah saya.

Kalau dulu, rutin harian saya adalah bangun pagi2 dan masakkan untuk bekal suami ke ofis dan mengemas rumah. Tapi sekarang semua tu diambil alih oleh suami. Sebelum pergi kerja, dia akan pastikan rumah bersih dan makanan tengahari untuk saya telah tersedia. Hi hi hi. Balik dari kerja, belum hilang penat, dia kena layan saya. Urutkan belakng badan dan kaki saya. Assist saya berus gigi bila gigi saya sakit. Pujuk saya bila nangis. Tidurkan saya dalam pelukan dia sebab saya tak boleh tidur tanpa bau badan dia. Dia korbankan masa dengan kawan2 dan bola. Dia memang suami hebat!

Semakin lama, semakin sayang dan rindu dengan dia.

Kalau dia baca entry ni, saya cuma nak ucapkan terima kasih di atas layanan dan kesabaran dia dalam melayani saya di saat ini. Saya nak dia tahu yang saya adalah wanita mengandung paling bahagia di dunia ni. Diharapkan dia takkan jemu melayan kerenah saya dan anak2 kelak sebab dia adalah salah satu lelaki paling hebat dan bertanggungjawab di dunia ini. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik dia.




No comments: