Pages

Sunday

Trimester Kedua~!

Assalamualaikum belog~!

Alhamdulillah. Usia kandungan saya sekarang sudah pun masuk 15 minggu. Ini menandakan yang saya sudah pun melepasi trimester pertama yang agak meletihkan. Masih bersyukur kerana saya tidak mengalami sebarang masalah yang teruk semasa alahan di trimester pertama. Cuma pada awal trimester kedua saya tak boleh langsung biarkan perut saya kosong. Kalau tak, lepas makan pasti akan termuntah dengan banyak sekali. Hi hi hi. Saya tak kisah pun. Sebab itu petanda yang baby saya masih membesar dengan sihat!

Pada temujanji kedua saya di klinik kesihatan, doktor ada buat sonogram pada kandungan saya. Tapi malangnya sukar untuk dilihat dengan jelas. Tapi, doktor kata anak membesar dengan sihat cuma kulit perut saya tebal dan sebab itu tak nampak baby saya. Dalam hati ni rasa agak kecewa la jugak sebab tak dapat lihat anak dalam perut. Lepas temujanji, saya terus ajak Saufi pergi ke klinik swasta untuk buat sonogram lagi sekali. Alhamdulillah. Teruja dan sebak bila pertama kali dalam hidup ni tengok ada manusia sedang berguling2 dalam perut saya. Teruja sangat! Dapat tengok kaki dan tangan yang tak reti duk diam. Hi hi hi. Itu la kegembiraan pertama saya yang paling takkan boleh saya lupakan.



Pada trimester kedua ni, saya rasa agak bertenaga sedikit berbanding trimester pertama. Cuma saya mengalami sakit gigi yang agak menyakitkan. Pada temujanji akan datang saya akan pergi cek gigi plak. Kemungkinan kekurangan kalsium sebab saya ni bukan jenis yang boleh minum susu. Bila pregnant je saya start minum susu segar. Saya takkan ambil susu formula kerana mengandungi banyak gula. Selain daripada itu, saya rasa asyik nak bermanja je dengan suami. Mengada2 sangat. Alhamdulillah la suami rajin layan. Dah la rasa sangat pemalas. Semua kerja rumah suami yang buatkan. Sebelum dia pergi kerja dia dah kemas rumah dan masakkan untuk saya. Alhamdulillah sangat! Thanks b!

Ok la. Lapar plak. Nak makan dulu. Hi hi hi. Bubbye~!



No comments: