Pages

Friday

Bersalin - 35 Minggu~!

Assalamualaikum belog~!

Dah lama tak update apa2 post since sarat pregnant. Tapi....alhamdulillah sebab sekarang hari yang ke-23 berpantang. Ya! Saya dah ada baby! Hi hi hi. Macam tak percaya jek. Mana taknya, pergi labour room pagi sebab muntah2...tup2..malam tu jugak kena keluarkan baby sebab doktor takut saya kena sawan masa bersalin nanti.

Proses nak keluarkan baby sangat la rumit. Doktor nk saya rasa bersalin normal. So, saya diinduce sekali. Tunggu 6 jam tapi tak rasa sakit contraction pon. Bila dah 6 jam, doktor cek bukaan 1 cm je. Mana taknya, kandungan saya baru 35 minggu. Memang belum masa lagi baby nak keluar. Lepas je cek bukaan, doktor terus cucuk ubat matangkan paru-paru baby. Maksudnya saya kena operation la. Macam2 benda la dimasukkan dalam badan ni sebelum kena operation. Paling tak tahan bila masukkan tiub kat pundi kencing. Rimas dan tak selesa sangat. Memang merengek je la dekat suami. Suami tak henti2 suruh istighfar. Tapi masa tu memang dah tahap tak boleh nak bersabar. sangat2 tak selesa.

Suami teman saya disorong ke dewan bedah. Dia tunggu kat luar. Masa tu jam 9 malam. Saya masuk dewan bedah dan salah seorang doktor kat situ suh saya bernafas guna oksigen yang diorang hala kat saya. Tau2 dah ngantuk dan sedar2 dah kosong perut saya. Baby dah keluar. Doktor bagi saya bius penuh. Tak dapat dengan tangisan pertama baby saya. Sedih! Tapi masa tengah mamai2 tu, 3 orang doktor tekan2 perut saya nak bagi darah keluar. Ya Allah! Sakit sangat! Dah la baru lepas kena toreh kat situ, ditekan2 lagi. Kuat plak tu. Memang nangis jugak la saya. Hi hi hi. Tapi ada seorang doktor perempuan tenangkan saya dan bagitau yang baby saya dah selamat keluar dan berat 2.8kg. Dia kata agak berat juga untuk baby berusia 35 minggu dalam perut. Dalam keadaan mamai tu pun saya boleh terfikir macam mana boleh dapat berat camtu sebab seminggu sebelum bersalin, saya buat ultrasound doc bagitau berat baby 2.3kg. Takpe la...asalkan dia sihat. Bersyukur sangat2 dah selamat dia. Saya je ni yg belum selesai lagi.

Jam 11 lebih malam, saya dibawa keluar. Nampak suami. Rasa nak peluk2 dan nangis2 je. Nak mengadu rasa sakit yang saya alami. Tapi, mana la nak larat bangun masa tu. Sabar je la. Sampai2 kat katil, nurse sibuk duk tukarkan pad and pakaikan pampers. Diorang cakap, kadang2 boleh terberak tanpa sedar. Uish! Masa tu dah tak sempat nak rasa malu bagai. Nasib baik la haritu suami dah shave siap2 kat bawah tu. Kalau tak mesti lagi malu. Ha ha ha.

Esok paginya, doktor datang cek saya. Doktor cakap saya da boleh bangun jalan2. Bila nurse bukak je tiub kat pundi kencing dan pelbagai drip kat tangan, saya terus bangun! Semua yang ada kat situ terperanjat. Ha ha ha. Memandangkan saya dah ada pengalaman operation buang ovari masa form 2, operation bersalin ni da tak rasa sakit sangat macam operation dulu. Lagipun doctor potong perut ni ikut line operation dulu. Kalau dulu, rasa perut nak jatuh kalau bangun. Alhamdulillah kali ni saya tak rasa teruk sangat. Nakk bangun pun senang. Cuma saya diuji dengan batuk2. Ya! Batuk2 di kala operation perut masih baru. Memang mantap la rasa sakit tu. HI hi hi.

Saya memang tak dapat nak tengok baby sehari lepas bersalin. Esoknya, saya minta suami bawakan saya ke nurseri jagaan rapi sebab tak sabar nak tengok rupa baby. Lepas dapat wheelchair, suami bawakan. Berdebar sangat2!!! Macam2 perasaan datang masa tu. Hi hi hi. Macam first time nak jumpa suami masa mula2 kenal dulu. Sesampai saya kat sana, memang kelam kabut cari katil baby. Macam2 rupa baby ada tapi yang pasti semuanya comel2 belaka. Saya cari nama saya. Bila dah jumpa tu, ya Allah! Comelnyaaaaaa! Menangis2 saya kat situ.


Inilah buah hati saya dan suami. Sofia binti Mohd Saufi. Hilang sakit saya bila dapat tengok wajah comel ni.

Sampai sini je sempat saya taip post kali ni sebab Sofia berpangku je ni. Hi hi hi.



1 comment:

surizan abdghani said...

Allahuakhbar..alhamdulillah selamat dua2.tahniah awk.ngeri jugak kisah awk ni.sy alhamdullah dua2 normal.yg 1st tu amik masa jugak.4am pecah ketuban kul 1.35pm deliver.yg no 2 lg best.sakit 2 jm setengah je.g klinik raoofah kt silibin xdan nk masuk labour room pun.bsalin dlm ward je.mudah sgt2 alhamdulillah.smpai2 check ve dh 6 cm.paatu siap2 sume tukar baju segala.doc auh mengereng.sy xnk pech ketuban nk biar pecah sendiri je.tp doc ckp kena gak pecahkn sbb tkut bby lemas.elok doc amik stick tu trus pecah ketuban sniri haha bsyukur sgt2 sbb pch ketuban sakit ooo.pastu trus je bby keluar.2.3kg je hihi.hafiah bezday ayah dia.ayah dia lahir 26.9,baby lahir 27.9.15 hihi.now dh dkt 6m dh.