Pages

Friday

Bagaimana Menghilangkan Kebosanan Para Surirumah?

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Tepat jam 1 tengahari Sofia terlena sendiri. Pasangkan aircond, bukakan movie Boss Baby dan bagi dia pegang botol susu. Tak sampai 5 minit dah lelap. Hi hi hi. Penat sangat bermain tadi. Macam2 aktiviti dia buat pagi tadi. Melukis sudah. Memasak sudah. Membaca ABC sudah. 

Tak tahu dia masak apa. Lotion and shallots?

Melukis sambil nyanyi ABC.

Tengok la hasilnya.

I feel soooo blessed bila tengok setiap keletah cerdik dia. Banyak betul benda dia nak buat. Lepas tu susah sangat nak tidur. Otak masih berfikir nak buat kerja apa lagi agaknya. Saya pula tengah bosan. So, capai DSLR dan rakam setiap detik bermakna dengan anak kesayangan saya ni. 

Hari ini, saya ada terbaca isu LAVA CAKE di group MAHN. Hi hi hi. Akhirnya ada jugak yang sudi dan berani bersuara konsep sebenar kek tersebut. Saya lebih dari setuju sebab saya pernah buat kek tersebut pada tahun 2013 mengikut resepi mat saleh. Kek lava sebenarnya mencair disebabkan oleh adunan kek tu sendiri yang belum masak. Masak diluar sahaja. Macam mana nak buat macam tu? Rajin2 la cari resepi. Kek lava yang tengah viral sekarang adalah bukan kek lava tapi kek ganache terbocor. Hi hi hi. Apa2 je la. Yang penting ramai yang dah tahu apa itu LAVA CAKE yang sebenar. Saya pun ada share resepi yang saya pernah buat dulu. Wow! Banyak betul likenya. Orang yang share baru sikit. Tapi busy notification I. Sebelum ni bila share resepi takde pulak orang nak pandang. Ha ha ha. Kepada surirumah2 yang kebosanan tu, cuba try resepi viral then share kat group MAHN tu. Confirm anda busy sampai laptop anda tersangkut2 dengan notification yang banyak.

Pagi tadi Daddy Cik Pia ni request untuk bawa bekal sandwich shiitake. Maka, dengan bersemangatnya saya pun terus ke dapur dan sediakan barang2 untuk buat sandwich.

Bahan2 untuk sandwich shiitake.

Dulu kami pernah rasa sandwich telur di AEON Manjung. Sedap ya amat. Rupa2nya sandwich tu ada cendawan shiitake. Since that, kalau pergi ke sana, mesti kami cari sandwich tu tapi takde dah. Bayangkanlah perasaan dan lidah serta air liur kami yang mengidam sandwich tu macam mana. Ha ha ha. Berkubur dah perasaan tu kat AEON Manjung. Kena buat sendiri jugak la ceritanya kan. Harap Daddy Cik Pia kenyang la makan sandwich tu. Senang je dia sekarang. Order je dari wife sendiri. Poof! Terhidang depan mata.

Makanan tengahari saya.

Ini pula makanan tengahari saya. Kami masih dalam perancangan untuk menukar beras putih kepada beras perang. So, hari ini adalah percubaan pertama nak uji citarasa Cik Pia dengan beras perang. (Saya memang dah selalu makan dulu. Should be not a big deal for me. Hi hi hi.) Alhamdulillah. Dia boleh terima dengan baik sekali. Diharapkan dapat la dia membuang dengan lancar. Sebelum ni lancar je. Cuma nak tengok kalau beras perang ni macam mana kelancaran dia membuang. Hi hi hi. Ok. Ikan selayang or sardin tu saya panggang dengan minyak zaitun. Lumurkan dengan garam dan serbu cajun. Memang sesedap rasa. Saya sebenarnya baru je tau bahawa ikan sardin tu adalah ikan selayang. Ikan yang sama tapi nama yang berbeza. Hi hi hi. Sayur raja tu saya goreng belacan je. Ya Allah. Sedap sangat lauk macam ni. Tapi di sebalik pembikinan lauk2 ini, terdapat juga beberapa aksi dari Cik Pia. Dia keluarkan semua bawang putih dari rak bawang2an. Dia leraikan semua dan masukkan dalam plastik. Adakah dia meniru cara kami beli bawang putih di Tesco? Wah. Bijak betul kau ye anak. Tak sangka yang awak ni sangat luar biasa. Ha ha ha. Bercakap pasal sayur raja ni atau dikenali sebagai malabar spinach ni. Tahu tak yang sayur ni mampu membuatkan saya membuang dengan lancar? Ya! Tak percaya, cubalah! Antara kebaikan dia adalah sebagai salah satu bahan laxative untuk menghalang dari sembelit. Sedap pun sedap!

Ok la. Saya nak sambung tengok notification kat Facebook ni. Bertubi2 pulak masuknya. Ha ha ha.

No comments: