Pages

Wednesday

Penulisan di Saat Aku Kebosanan.

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama tak mengarang ayat tunggang langgang dalam blog ni. Inshaallah, lepas ni saya akan lebih banyak update di blog memandangkan banyak sangat idea dalam kepala yang tak dapat nak diluahkan. Saya nak cuba mengarang dalam keadaan yang matang sebab saya rasa macam nak tergelak (dah tergelak pun!) bila saya baca post2 terdahulu. Sangat kanak2 riang! Bagus juga buat blog ni sebab dapat track cara penulisan sendiri mengikut peningkatan umur.

So, kehidupan saya sekarang sangat menceriakan. Cita2 sebagai jurutera saya ketepikan dulu buat masa sekarang. Saya nak jaga dan didik Sofia sungguh2. Saya nak dia jadi kanak2 paling gembira di dunia. Sofia memang gembira sekarang sampaikan boleh gelak sorang2! Sounds creepy. Tak la. Dia happy bila tengok saya dan Daddy dia happy. Live as a normal family. Kami tak pernah bergaduh teruk2 depan Sofia. Paling teruk pun silent treatment for 1 whole day. Hi hi hi. 

My happy girl.

Soal kewangan juga tiada masalah. Alhamdulillah. We are getting better day by day. Cuma buat masa ni kami tak dapat bagi Sofia adik lagi. Sofia pun manja sangat. Lagi2 bila Daddy balik dari pejabat. Memang tak lepas dah Daddy dia. Hi hi hi. My life is not under pressure anymore and I thankful for that. Saya dapat melakukan hobi saya which is memasak dengan gembiranya. Daddy pun boleh request nak makan apa. Sekarang ni, kalau kami makan kat kedai, bila Daddy suap je makanan dia terus cakap, "Mama masak lagi sedap kan, Pia?". Makin seronok nak masak bila suami sendiri cakap macam tu.

Baru2 ni, adik lelaki saya, Naqib, dah terima cahaya pertama dia. Anastasya Nur binti Mohammad Naqib. Sekejap je masa berlalu. Yai dan Nyai Sofia tiap tahun dapat cucu. Tahun depan ada lagi ke tak agaknya. Hi hi hi. Minggu ni ada majlis aqiqah untuk puteri sulung Naqib. Tak sabar nak gomol budak cantik tu. Kenapa cantik? Kening dia macam Ziana Zain uols!


Bye~! (tibatiba)


No comments: